Thursday 30 April 2015

Komik pertama:Writer's Block @ Suatu Pengakhiran atau Permulaan



'



"Kenapa yang pertama begini?Adakah anda baru putus cinta?Kenapa??KENAPAA??WHYYY??"
*bayangkan situasi seseorang melutut dan meraung ke langit

Jawapan:
Kebanyakan orang tak dapat teka kenapa aku 'came up' dengan idea ni!Well,I guess that's just me!Walau bersimpang-siur bagaimanapun jalan cerita yang aku pilih,tapi aku tetap akhirnya tak dapat lari dari personaliti aku sendiri.

Ok,yg pertama watak cerita ni adalah seorang artis.Penyanyi dan pembuat lirik.Kenapa??

Latar belakang aku sangat berkait rapat dengan seni.Mak aku dulu mengajar orang mengaji(dan aku rasa suara mak aku sedap),akak dan abang aku yang paling aku rapat berjaya pengaruhi aku untuk sukakan muzik.Dulu kitorang sangat suka dengar radio,interpret lagu,gubah lagu,gubah puisi,tulis diari(diari aku seni tau!HAHA)So,dari usia kecik lagi ketika orang lain dengar lagu Siti Nurhaliza,Wahida,Tam Spider dan sebagainya,aku dah mula kenal Keane,Kelly Clarkson,Black Eye Piece dan macam2 lagi.Dah tak ingat sebab sekarang aku dengar Coldplay jerr!*muka eksyen sikit.
Kecik-kecik dulu aku suka selongkar buku-buku latihan lama dan baca cerpen pendek tulisan akak aku.Aku rasa dia sangat hebat dalam menulis!(dia 5 tahun lebih tua)=..Walaupun aku dari kecik tak sukakan bahasa,tapi aku jadi tertarik kepada sastera dek pengaruh adik-beradik.
Jadi kehidupan aku diisi dengan kegiatan-kegiatan 'anti-sosial' yang berkurung di rumah,menulis,melukis dan membaca!
Sekali lagi aku tegaskan;
Sungguh aku bukan orang seni!
Dan aku bukan penulis mahupun pelukis karya seni!

Tapi,....aku rasa aku faham macammana rasa kekosongan bila semua hobi tu aku campak jauh dari hidup.Atau lebih tepat,ditarik dari aku!

"Im not special anymore..."

Dan aku rasa kalau tanya mana-mana pun ahli seni bagaimana rasanya apabila semua bakat itu ditarik atau tiba-tiba mereka tak dapat meneruskan minat mereka,pasti jawapannya akan berbaur sedih.Dan lebih teruk bagi sesetengah orang yang sudah mengganggap minat mereka itu sebagai 'tujuan' hidup mereka.

Maka persoalan yang mungkin timbul adalah...

"Aku nak buat apa dalam dunia ni?"
*bayangkan adegan selak langsir di tingkap dan melempar pandang ke langit

Ya!Pasti sahaja kau boleh teruskan kehidupan dengan bangun pagi,buka facebook,pergi kelas,buat homework,basuh baju,gosip-gosip  dengan jiran sebelah,mengorat anak dara jiran dan sebagainya...Tapi pasti  perasaannya tak sama bukan!'Passion' hidup kau telah ditarik dan yang tinggal cumalah rutin sebagai manusia.
Bukan rutin sebagai 'engkau' sendiri.

Maka kerana itu aku pilih watak ini dan keadaan ini untuk menggambarkan bahawa seseorang manusia yang tak dapat meneruskan minatnya akan merasa  kosong.
Dan ketika itu dia akan mempersoalkan apa signifikan wujudnya dia.Tak ke dia cuma seperti manusia-manusia lain?Maka hilang dia seorang,mana mungkin dunia jadi kacau bilau.
Apatah lagi sampai mencetuskan perang dunia ketiga.
Okbai.

Kenapa watak utama mesti putus cinta??

Jawapan:Aku nak perasaan kecewa yang aku tunjuk tu difahami semua orang.
Dan..
Ah,kamon lah!Tolong jangan nak buat muka polos sangat sambil kelip-kelip mata ok?Aku rasa semua orang mesti akan ada pengalaman ni.

Hoh!
*flip tudung(nak flip hair xleh.Aurat!)

Jadi konklusinya adalah....

Apabila yang kau cintai dalam hidup ditarik,ketika itu kau akan berdepan dengan dua pilihan.Samada untuk jadikannya sebagai permulaan,atau pengakhiran.Pengakhiran bagi orang yang gagal untuk faham bahawa tujuan hidup bukanlah semata-mata kegiatan harian kau,dan orang-orang yang kau sayang tapi jauh lebih daripada itu. kita akan terus diuji dan diuji..Mungkin kerana tuhan nak kita sedar bahawa dunia ini bukan tujuan utama kita dihidupkan.

MAKA,

Apa tujuan hidup kita???

*sengih

https://www.facebook.com/nor.hafizahzakaria.3




Tuesday 28 April 2015

Benci Tapi Rindu :P

Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat sekalian!


Dah berbulan-bulan lamanya blog ini ditinggalkan tergantung tak bertali.Cukuplah aku katakan yang aku sudahpun berada di Bumi Manchester,United Kindom dan dengan riang-rianya menghitung hari untuk pulang semula bagi menyambut raya di Malaysia!Hoooreyyy!

Kalau korang semak post aku beberapa bulan yang lalu ketika masih di Malaysia,dulu aku dengan bahasa belit-belit simpul menjelaskan bahawa tujuan utama aku kembali ke dunia blog adalah untuk mencatat segala perkara yang aku buat sepanjang aku hidup.(untuk 'digelakkan' dan 'dimuhasabahkan' pada masa hadapan.)
*Maaf,saya memang penjenayah bahasa

"Dusta belaka!"
Jujur.Aku nggak punya waktu!

"Alasan!"

Baik.
Aku malas.

"ok!"

Penulisan bukanlah bidang aku.Aku bencikan tatabahasa samada Inggeris mahupun Bahasa Melayu..Meski sering digembar-gemburkan bahawa cinta boleh dipupuk,tapi tidak!!!*peluk tiang Cinta tak boleh dipaksa!Hati aku bukan kepada bidang penulisan!*menangis

Maka kerana akur dengan desakan hati yang memberontak,Aku mengalah.Jiwa aku pada lukisan!Pada graphic!Pada illustrasi figura lelaki rambut pacak tajam-tajam dan perempuan tudung labuh.Maka aku bertekad bahawa aku akan kembali melukis dan menamatkan zaman kata-kata puitis dan berbunga-bunga.*mengecilkan mata sambil mengangkat wajah ke langit
"Maafkanku Humaira dan Furqan,kisah kamu berdua akan ditinggalkan tanpa sambungan."(watak cerpen yang malas untuk dihabiskan)
1.Ni komik pertama setelah berbulan-bulan berhenti dari melukis(secara serius)
2.Komik kedua disiapkan dengan agak 'kelam-kabut' kerana busy.Ini sebelum di'edit'



Tapi kadangkala,hati main tarik tali.Sekejab kata nak,sekejab kata tak nak.
Kadangkala aku merindui zaman berpuitis dulu.Mungkin ini yang dinamakan orang dengan istilah 'Benci Tapi Rindu'.
Maka kadangkala aku akan menjengah ke blog kedua aku.(Ini blog pertama yang dicipta pada zaman primitif dahulu!)Jujur,aku lebih sukakan blog kedua tapi lantaran kedangkalan otak yang gagal menghafal password dan ketamakan nafsu mencipta akaun blog banyak-banyak(Aku rasa aku ada empat blog!)Maka aku pilih blog ini untuk digunakan kembali.

Sebab tu orang tamak selalu rugi.


Tadi aku berkesempatan membaca kembali cerpen yang pernah ditulis pada masa dahulu di blog kedua.(Waktu sekolah menengah).Seperti biasa,seperti adegan yang diulang-ulang tayang,aku akan gelak sorang-sorang lantaran merasakan malu yang teramat!Untuk pengetahuan anda semua,tak silap aku,aku tak pernah 'public-kan' blog kepada orang lain selain kawan baik yang betul-betul rapat.Dan ini barangkali kali pertama blog ini akan diperkenalkan kepada orang lain.(ketika post ini ditulis,belum lagi public).Sejujurnya aku malu nak tunjukkan cerpen ini kepada orang tapi...cerpen ini boleh dikatakan salah satu cara aku meluahkan isi hati aku(peh!) pada masa dulu.Zaman ketika masih mencari-cari.Ragu-ragu.Dan mengharap.(Grammatical crime di situ!)

Geli ah!