Monday 26 October 2015

Antara Kita

Kita berharap untuk memutar waktu bagi merubah keadaan.
Memadam jarak yang terbina dan memainkan cerita itu semula.
Lalu kita mengulangi babak yang sama.
Bertarung hujah dengan sinis yang sama,
Berteka teki tentang rahsia yang sama.
Dialog yang sama.

Walaupun dilatari masa dan tempat yang berbeza,
engkau tahu adegan ini masih serupa.
Kita sedar akan hal itu waktu kita sama-sama berjalan beriringan dalam diam yang panjang,
di bawah pohon-pohon yang menggugurkan daun-daun merah kekuningan,
Latar cuma pentas,
Sedang kita berdua masih watak yang sama,
mengadaptasi kisah yang diulang-ulang.

Engkau masih ego.
Aku masih pesimis.

Tapi kita takut dengan perubahan.
Kerana itu hari demi hari kita rela mengulangi adegan yang serupa.
Kita rela diam di titik klimaks,
resah mencongak-congak kebarangkalian di masa hadapan,
Ditinggalkan dalam suspen dan konflik perasaan yang terlalu panjang
Mencari kesudahan yang sempurna.
Aku bosan dan letih.



Tuesday 13 October 2015

Dekat Tetapi Jauh(3)

Robert Along Den, seaneh namanya.Aku mengenalinya di Kolej Mara Bintang.Dia adalah Chipsmore bagi kawan-kawannya lantaran sikapnya yang agak misteri.Dia muncul dan hilang sewenang-wenangnya.Aku mengenalinya dalam satu perjumpaan kelab di dewan selera.Zaki,pelajar setahun lebih tua daripadaku sedang memperkenalkan dirinya sebagai pengerusi kelab sewaku lelaki beraut wajah bujur sirih dan berkulit rona kuning langsat itu melabuhkan diri di atas kerusi sebelahku.

Kedatangannya begitu 'senyap'.Seolah-olah dia adalah sehelai daun kering yang dibawa angin lalu perlahan-lahan disorong ke situ.Matanya tidak beralih dari susuk tubuh Zaki yang sedang berdiri di hadapan.Pandangan yang tidak beriak.Selang beberapa minit kemudian,kedengaran bunyi bisikan dari sekumpulan pelajar lelaki berbalas-balas dari arah  hadapan.Anip dan Ekal yang duduk di meja di hadapanku menoleh ke belakang,dikuti oleh Raiqal dan Faiz.Masing-masing dengan wajah terpinga-pinga.

"Hei!"
Aku sempat tertanya-tanya arah datangnya suara serak itu sebelum suara Anip membalas.
"Woi!"
Anip mengangkat tangannya.Beberapa lagi kepala turut menoleh.Aku menoleh ke kiri.Lelaki bersusuk tubuh tinggi itu melempar senyum kecil ke kumpulan pelajar lelaki tahun dua di hadapan,didahului dengan wajah Anip yang perlahan-lahan mengukir sengih.Zaki di hadapan yang sedang  rancak bercakap menghentikan kata-katanya sebaik matanya tertangkap wajah lelaki di sebelahku.Aku agak terpinga-pinga.Zaki menolak bahu Raiqal yang berdiri di hadapannya lalu mengatur langkah menghampiri kami.Tangan kanannya dihulur.
"Selamat kembali!"Zaki mengukir senyum menampakkan barisan giginya yang putih.
**

Beberapa hari kemudian,aku berjaya menerima butiran lengkap mengenai lelaki misteri itu meskipun tanpa diminta.Semuanya atas jasa Leha,gadis becok yang gemar memunculkan dirinya di muka pintu bilikku untuk menjalankan rutin hariannya.Merungut tentang lab report yang telah merampas sebahagian besar nikmat tidur setiap pelajar di sini.Tapi kali ini agak berbeza.
"Kau tahu,semalam aku jumpa Den!"Tanpa kata-kata pengenalan,Leha terus membuka cerita sambil melemparkan tubuhnya ke atas katil milikku.Di tangannya terdapat sebuah novel bahasa Inggeris.
"Siapa Den?"Soalku tanpa mengalih pandangan dari skrin komputer.
Leha menghembus nafas dalam,berpura-pura mengeluh."Robert Along Den??Senior kita tu?"
"Oh.."Balasku pendek,masih menumpukan perhatian terhadap karangan bahasa Inggeris yang sedang ditaip.
Senyap.
"Adoiii!"Aku membuat tindakan refleks membongkokkan kepala sebaik sahaja terasa satu objek lembut menghampiri dengan kadar yang sangat cepat.Bantal berbalutkan sarung berwarna putih jatuh di kaki meja dengan bunyi perlahan.Aku menoleh kepada Leha yang meniarap di atas katil.Leha memandangku dengan protes.Sebelah tangannya sedang meraba-raba di atas katil,barangkali mencari peluru seterusnya untuk dilempar kepadaku.
"Aku tengah buat esei!"Aku memprotes.
"Ya."Reaksi Leha tidak berubah.
Aku mengalah.Kerusi plastik yang sedang mengalas punggungku mengeluarkan bunyi nyaring sebaik sahaja aku mengubah kedudukannya menghadap Leha.Leha menjatuhkan kembali pandangannya ke halaman novel.Tanda berpuas hati.
"Siapa Robert Along Den?Kenapa kau jumpa dia?Apa dia buat?Wah,kau jumpa dia,hebatnya?"Suara aku senada.Sengaja.
"Nora,kau tak kenal diaaa???"Leha sengaja menekan suaranya.Taktik biasa yang digunakan seseorang untuk menunjukkan bahawa dia mengetahui sesuatu yang sangat penting dan orang lain tak tahu.
Aku menjungkit bahu.
"Robert..."Leha memusingkan tubuhnya menghadap shiling."Dia bekas presiden pelajar."
"Bekas?"
"Ahah!Bekas!Pelikkan?"Leha menerbalikkan tubuhnya semula lalu memandang aku dengan wajah teruja.Seolah-olah bersedia untuk berkongsi suatu info yang menarik.Mujur,aku memang tertarik.Aku mendekatkan wajah kepadanya.
"Dia pernah jadi presiden selama sebulan sebelum meletak jawatan.."Leha menggantung ayat.
"Kenapa?"
"Haa..Orang cakap dia tertekan."
"Tertekan?"
"Yup!"
Jari Leha membentuk pistol lalu melepaskan 'tembakan' imaginasinya ke arahku.
Aku ketawa kecil."Siapa aja yang tak tertekan belajar dekat sini?Aku yang bukan siapa-siapa ni pun dah separuh mati."
"Haa..kan?Pelikkan?"Leha menjeling ke muka pintu lalu menyambung dengan nada bisikan."Aku dengar dia genius!"
Aku mengangkat kedua-dua kening,kehairanan dengan kenyataan itu."Kenapa aku tak terkejut?"Balasku dengan nada ironi."Adakah kau sedar wahai Cik Saliha Amirudin bahawa kita sekarang berada di kolej yang dihadiri oleh para genius-genius?Cuma,satu-satunya yang tidak genius itu adalah aku yang belajar berjam-jam untuk memahamkan diri dengan konsep yang boleh difahami oleh orang lain dalam masa 20 minit?"

Leha kelihatan hilang kata-kata.Barangkali tidak menyangka kenyataan begitu akan keluar dari bibirku yang kebiasaannya gemar memendam rasa.Memang benar.Sebagai seorang pelajar kolej persedian untuk pengajian luar negara yang rata-ratanya mendapat keputusan straight A,setiap hari kami berperang dengan masa.Setiap hari pasti akan ada yang terkorban,sama ada pelajar atau masa.Anehnya,kami adalah para 'mujahid' yang ingin mengorbankan diri agar masa tetap hidup.Kami rela dibunuh masa jangan kami membunuhnya sia-sia.Lebih aneh dari itu,aku adalah manusia yang mencari kesibukan.Aku suka berlari ke hulur dan ke hilir dan merebut pelbagai peluang.Aku ingin menjadi mujahid yang dibunuh masa.Ingin tahu apa yang lebih aneh?Pertarungan aku mengorbankan aku dan masa sekaligus.Aku sedar jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain aku agak dungu.Maka selalunya aku dan masa sama-sama 'terkorban'.

Leha menarik tubuhnya dari permukaan katil lalu duduk bersila."Kau pernah tak dengar cerita-cerita tentang Leonardon Da Vinci,Albert Einstein,.dan genius-genius di dunia ni?Kebanyakan diorang akan dikaitkan dengan kontroversi tentang mental illness..Loner..Depression..?"Aku menjungkit bahu.Dia menyambung."Ha...Tadi bila aku cakap genius,aku tak bercakap tentang pandai..Aku sebut 'GEE NEE US!"
"Oh."Aku membalas pendek.Gagal meneka hala tuju perbualan ini.
Leha mengemaskan lipatan kakinya."Dia tu dapat biasiswa Agung tahu?Kau tahu tak sebenarnya dia tu setahun lebih muda dari kita?Dia lompat kelas,entah macammana..Tapi dia ambil SPM sewaktu umur kita ni dan berjaya dapat 15A+ tahuu??"Leha menunjukkan dua jari untuk menegaskan kenyataannya,seolah-olah membuat tanda peace.Kali ni minatku terpancing.
"Tapi masih bukan rekod Malaysia?"
Bahu Leha kendur.Matanya mengecil.Aku faham reaksi itu.Kedua-dua tangan ku angkat ke bahu tanpa menyerah.
"Poinnya adalah..Dia itu lain!Kau tahukan selalunya orang yang 'lain' ni akan ada masalah mental sikit.Ok,berbalik kepada cerita.Beberapa bulan yang lepas dengar cerita dia minta cuti dari kolej selama sebulan atas alasan tertekan.Dia tarik diri dari semuaaa kelab..I mean,all!"Leha mendepangkan tangan bagi menekankan kata-katanya."Kecualiiii.."
"Kecuali?"
"Kau rasa?"Leha mengangkat kedua-dua belah kening.
"Hmmm..?"
"Cuba teka!"Leha teruja.
"Kelab..Bimbingan dan ..Kaunseling?"
"Tepat sekaliiii!"Leha melepaskan suara high pitch miliknya.
Aku menekup telinga spontan gara-gara jeritan nyaring Leha.Raihan yang lalu di hadapan muka pintu dengan bakul mandian sempat menoleh ke arah kami.Barangkali kehairanan.Aku menggaru kepala.Masih mencari-cari motif sebenar di sebalik minat Leha kepada kisah lelaki ini.Tetapi dalam masa yang sama,aku turut terfikir-fikir dengan kenyataannya tadi.Meskipun aku rasakan reaksinya agak berlebihan ,tetapi status aku sebagai ahli kelab yang disebut tadi menimbulkan sedikit minat untuk mengetahui kisah selanjutnya.
"Apa motif cerita kau yang sebenarnya ni?"Aku gagal menyembunyikan rasa kurang sabar.
Leha menoleh ke sebelah.Merenung dinding putih di sisi katil.
"Entah..Sebenarnya aku cuma nak beritahu yang dia itu pelik dan misteri.Baru minggu lepas kolej kecoh dengan kehilangannya yang tiba-tiba.Tapi cikgu-cikgu tak nak ambil tindakan sebab dia 'aset' kolej.Tak adil kan dunia ni?"Leha mencebik."Tapi pagi ni aku nampak dia tengah makan roti di dewan selera dengan muka selamba dengan Zaki and the geng."
Aku tidak dapat menahan gelak."Ada ke reaksi muka spesifik untuk orang yang baru lepas lari dari kolej?"Leha juga turut ketawa sambil menjungkit bahu.
"Tapi muka dia memang macam tu.Macam tak ada perasaan."
Suasana bertukar senyap.Kedengaran di luar gelak tawa pelajar perempuan dari bilik tingkat bawah asrama,silih berganti dengan bunyi derap langkah menghampiri.Susuk tubuh Raihan muncul di muka pintu dengan bakul mandiannya.Wajahnya kelihatan basah.Dia menoleh sekilas tetapi terus berjalan menuju ke biliknya.Sebaik sahaja bunyi derap langkahnya hilang,aku bersuara kembali.
"Muka dia macammana?"
Leha mengangkat pandangannya dari halaman novel.Seketika matanya meliar seolah-olah cuba mengingat.
"Tinggi.Muka agak cerah..Kuning Langsat bak kata orang kita.Hidung agak mancung.."Leha masih berfikir-fikir."Rambut hitam pendek,kurus..agak kacak tapi tak jambu.."Senyum kecil terbit di wajahnya."So not my cup of tea!"Pandangannya kembali jatuh ke halaman novel di atas katil.

Beberapa minit kemudian,suatu raut wajah muncul dalam fikiraku.Itulah dia rupa-rupanya.

Sekadar hiasan.



Sunday 11 October 2015

Dekat Tetapi Jauh (2)

Poundland di seberang jalan.Gambar di ambil dari kawasan pejalan kaki di hadapan Whitworth Park(Spring)


Aku meraba-raba di dalam poket dengan tangan yang menggeletar.Telefon bimbit berjenama Sony Z1 dikeluarkan."Lapan darjah Celcius."Aku menarik nafas dalam dan menghembus kuat,mengeluarkan asap putih nipis yang perlahan-lahan lenyap ditelan udara pagi.Telefon bimbit yang bersarungkan sarung gel yang dibeli di Amazon diletakkan kembali ke dalam kocek baju.Langit putih cerah.Udara dingin dan kering.Kadang-kala kelihatan beberapa ekor burung merpati merayau-rayau di kawasan pejalan kaki di hadapan Whitworth Park.Di tempat menunggu bas yang berdekatan,kelihatan beberapa orang 'mat salleh' sedang berdiri dan kadangkala menjeling-jeling ke hujung jalan menunggu bas masing-masing.Angin berhembus lembut.Barangkali 'mood'nya sedang baik.Musim-musim begini kadangkala angin agak ganas menyeret dan melambung segala jenis sampah-sarap yang bertebaran di mana-mana.Seringkali payung yang aku beli di 'Poundland' shop rosak angkara angin hujan yang menggila sehinggakan aku serik dan lebih gemar memilih untuk memakai jaket kalis air setiap kali hendak keluar rumah.

Aku cuba mengingat kembali senarai barangan yang perlu dibeli.Aku perlu beli celery di pasaraya Lidl yang terletak di seberang jalan.Kemudian mungkin aku akan meninjau-ninjau rak-rak di Poundland sekiranya ada menjual beg laundry yang murah.Ah paling mahal atau paling murah pasti tetap satu pound.Facepalm dahi sendiri.Waktu pagi begini di Manchester selalunya jalan agak lengang pada hari hujung munggu.Hipotesis aku mengatakan hal ini disebabkan rata-rata rakyat di sini bukanlah beragama Islam maka mereka tidak perlu menunaikan solat subuh apatah lagi malam sabtu adalah malam untuk mereka keluar berhibur di kelab-kelab,Pasti pagi-pagi begini mereka masih lagi pening gara-gara mabuk meneguk minuman-minuman beralkohol.


Aku melempar pandang ke seberang jalan sambil menunggu isyarat bagi pejalan kaki melintas jalan.Mencongak-congak strategi untuk membeli-belah dengan kaedah yang paling efisien dengan mengambil kira soal masa,tenaga dan keselamatan diri dari dikejar pengemis-pengemis yang kurang beradab yang sering beroperasi di sekitar sini.Aku fikir akan pergi ke Poundland shop dahulu lalu ke Lidl kemudiannya.Pengemis-pengemis yang digeruni itu tiada dalam pandangan buat masa ini maka tidak sukar untuk merancang perjalanan.
Kelajuan kenderaan yang menghampiri dari kedua-dua belah sisi semakin susut lalu berhenti di hadapan laluan melintas jalan yang bercat warna merah.Pada waktu yang sama,bunyi 'bip-bip' kedengaran,dan simbol pejalan kaki bertukar hijau mengisyaratkan waktu untuk melintas.Aku mengemaskan pegangan beg-beg plastik di tangan sambil mengembalikan pandangan ke hadapan.Berdiri di seberang jalan,adalah sekumpulan pelajar Melayu.Barangkali pelajar-pelajar 'senior',aku sempat meneka.Aku mengecilkan mata,cuba untuk menajamkan fokus penglihatan.

Langkahku mati
"No wayyy!"

Standing still at the side of the road,
when the light turns green,
And you were there,at the opposite side,
Just exchanging looks but time seems to stop falling,
The leaves falling before my eyes,
People passing by..


Berdiri dalam kumpulan pelajar-pelajar Melayu itu adalah seseorang yang amat aku kenal.
"Robert Along Den!"
Di seberang jalan sana,pemuda  bertopi itu juga kelihatannya mati langkah.Bibirnya yang tadi terkumat-kamit membicarakan sesuatu kepada teman-temannya tinggal melopong .Pandangannya terus tertala ke arahku.Dari kedua-dua belah arah,manusia-manusia lain terus sahaja berpusu-pusu melintas.Kadang-kala susuk tubuhnya hilang ditelan manusia-manusia lain .Tapi tetap pandangan ku tak beralih dari mencari-cari kelibatnya di sana.Robert Along Den,bayang pada air tenang!Dia yang selalu hilang dan muncul tanpa diduga.

Time is stopping,
But its just for us now,
The world remains its motion,
had always been so.
Days had passed while the clock was ticking,
Like a raindrop,
fallen into wild stream,
I got caught into the turbulence,
pulled into the current..


Bunyi 'bip-bip' berakhir.Kenderaan kembali meluncur laju dari kiri dan kanan.Dia masih di situ sedangkan kawan-kawannya sudah sampai ke sini.Dia masih merenung dari jauh.Masih ingatkah dia?Aku melihat dia perlahan-lahan mengukir senyum dan mengangkat tangan mengisyaratkan aku supaya kekal berdiri di situ. 
He's coming..

Like seeing the shadow in the stagnant water,
give the slightest touch,
will it drive you away?
Afraid of breaking the spell,
and truth discovered,
afraid of stepping further,
for the illusion might disappear.

So yeah,
Im still standing at this side of the road.
And you're still there...

Robert Along Den berlari anak dari seberang jalan sambil menanggalkan topinya.Rambutnya yang halus hitam meliuk-liuk bersama pergerakannya.Beg plastik yang bercetakkan logo 'Morrison' berayun-ayun di sisinya.Daun kering yang dilempar angin jatuh berserakan di kakinya sebaik sahaja dia berdiri satu meter di hadapanku."He's here.."Aku masih berdiri pegun bagaikan lumpuh satu badan.Dia melebarkan senyum.Kelihatan ada garis-garis kecil di tepi kedua-dua hujung matanya sewaktu dia senyum.Rambut hitam itu jatuh di dahi pada wajah yang bertonakan warna kuning langsat itu.

"Assalamualaikum.."Dia menyapa.

                                           From google images

****

Aku suka membayangkan diri sebagai 'perentas waktu'.Aku suka membayangkan diri aku hidup dalam gabungan dua dimensi waktu.Setiap kali aku mendongak ke langit,setiap kali aku berlari anak dan melompat di atas daun-daun kering ,setiap kali aku menari-nari di atas kawasan pejalan kaki di bawah pohon-pohon yang bunga-bunga merah jambu,minda aku akan hanyut ke waktu yang lalu.Aku akan menutup mata dan menyanyikan lagu 'Angin kencang' dendangan band Hujan sementara minda aku melompat ke waktu aku di kolej persediaan Kolej MARA Bintang itu.Aku membayangkan diri berjalan di bawah pohon bunga kemboja dan menikmati harumannya.Aku membayangkan diri mengutip bunga kemboja yang gugur di pagi hari dan melekat di celah-celah rumput hijau basah.Semerbak bau kemboja yang akan tersebar ke dalam poket baju setelah bunga itu layu didalamnya.

Lagu angin kencang adalah lagu aku dan nostalgia lalu.Jampi yang akan menyihirkan kerinduan kepada kenangan dan kenalan lama lalu membawa minda aku hanyut ke dalam alam memori.Sihir bagi Sang Perentas waktu memutar jarum jam 'anticlockwise' dan hilang dalam angan-angannya.Dan sekarang,aku hilang dalam kisah lalu.

"Okey sekarang untuk majlis berbuka puasa,kita nak AJK untuk makanan.Siapa boleh ek?"Zaki mengangkat wajahnya dari buku nota yang dipegangnya lalu memandang ke wajah setiap ahli kelab.Seperti biasa,setiap ahli akan menunduk setiap kali kata-kata begitu dilontarkannya."Typical Melayu,"fikirku sedang aku juga menunduk merenung lantai kelabu yang kosong.

"Noura boleh?"Raihan mencuit lututku.
Aku spontan mendongak."Ha?"
"Ok..Noura eh?"Zaki kembali menunduk dan menulis sesuatu dalam buku notanya..
"Eh tapi.."
"Siapa in-charge cari tempat eh?"Zaki segera memintas.Cubaan yang sengaja,aku arif dengan sikapnya.Dia sempat melirik pandang ke arahku dengan senyum 'evil' sebelum mengalihkannya ke arah wajah ahli-ahli yang lain.
Perbincangan itu berterusan.Sempat aku membuat beberapa cubaan nakal dengan mencalonkan nama beberapa teman rapat untuk beberapa tugas sebagai tindakan memulang paku buah keras.Aku mencalonkan Zaki untuk aktiviti persembahan sedangkan aku arif benar dengan sifatnya yang pemalu dan kekok.Zaki membalas dengan meletakkan Robert Along Den untuk bekerja di bawahku.Tindakan yang bijak dan kejam memandangkan semua sedia maklum dengan cabaran bekerja dengan lelaki itu.Robert Along Den adalah ahli 'Chipsmore' yang sekejab timbul dan sekejab ada.Tetapi dia lebih mirip dengan 'Chipsmore' tiruan yang dijual secara timbang di kedai runcit dan kebiasaannya tidak ada cip coklat meskipun dinamakan dengan nama biskut cip coklat.Ironi kan?Maka berkerja dengannya umpama kenyataan beralas yang menyimpan maksud tersirat "You're alone.".

Aku sempat menangkap sengih jahat Zaki.
"Gotcha!"

(Bukan calon isteri yang baik)
Kolej MARA Bintang



Nota Penulis:

Noura Nur

Aku suka dihujani daun-daun kering musim luruh,merasai dinginnya angin yang mengelus kulit,aku suka berlari dan melompat di atas lopak-lopak air,melihat percikan cecair jernih melambung ke udara lalu pecah menjadi cahaya-cahaya halus..Bertebaran ke serata arah.Dunia ini sungguh cantik.
Aku manusia 'dua dunia' yang sering hanyut ke lohong imaginasi yang dalam dan sering sesat di dalamnya.Dari masa ke masa,duniaku akan beralih dimensi  bagi mengutip sedikit rasa sementara jasadku menyusun kata-kata.Jika kau cari aku,jangan kau lihat dengan mata.Carilah pada kata-kata.

Dan jika kau tertanya-tanya,ini bukan kisahku.Ini sekadar susunan kata-kata dari idea spontan,melalui perasaan yang dalam.Himpunan rasa yang ku kutip dari dimensi waktu yang pelbagai.Manipulasi kata.Permainan persepsi.
Aku cuma merepek.



Saturday 10 October 2015

Dekat tetapi jauh (1)

-Castlefield Urban Heritage Park,Manchester-

"Robert,aku nak pesan sikit ni."
"Pesan apa?"
"Sekarang ni muda lagi..Belajar lagi..Kalau rasa lambat lagi nak kahwin,tak payahlah bercinta dulu."
Robert Along Den,seorang kenalan yang dahulunya agak rapat dengan aku terdiam seketika dengan kata-kata yang baru sahaja aku lontarkan tadi.Dia mengalih pandang ke sisi.Barangkali cuba menyusun kata-kata untuk membalas kenyataan tadi.Agak kekok mungkin.Apatah lagi sudah jelas-jelas dia sekarang sedang berhubungan dengan seorang gadis.Sudah jelas-jelas dahulu dia pernah meluahkan perasaan kepada aku dan ditolak mentah-mentah .Dan aku dengan muka selamba kasi ayat 'smash' cenggitu.Mau tak terkedu?
"Entahlah...Susah nak cakap.."Begitu sahaja jawapannya.
Daun maple berwarna coklat kekuningan yang merimbun di atas kepala gugur satu demi satu,melayang-layang  dan melambung-lambung dimainkan angin petang lalu jatuh berserakan di sekitar Whitworth Park.Suara jeritan kanak-kanak dan perbualan pengunjung taman itu silih berganti.Bunyi hela nafas yang aku hamburkan menunjukkan perubahan suasana yang berubah sunyi.
"Damn!Awkward moment!"
"Kenapa?"Pertanyaan Robert memecah sunyi.Mujur.Tanpa menoleh,aku tahu dia melirik pandang ke arah aku seketika tadi.
Aku melunjurkan kedua-dua belah kaki yang  bersilang sejak beberapa minit yang lepas.Membiarkan pengaliran darah yang lancar supaya meredakan kebas di peha yang semakin ngilu.
"Sunyi kan?"Kaki aku yang bersarung kasut sukan yang dibeli di Sport Direct menguis-nguis daun rumput hijau yang mengalasi tanah."Kadang-kadang rasa sunyi kan?Kadang-kadang rasa nak ada orang sayangkan kita..Nak ada orang tanya kita soalan.."Dah makan?",kadang-kadang..."Aku mendongak ke langit biru kekuningan."Rasa kosong kan?"Robert membisu.
"Aku faham je rasa tu.Rasa 'incomplete'.Rasa ingin menjaga dan dijaga..Anehnya,walaupun kita ada ramai kawan sejantina,perasaan tu rasa tak terlunas.Walaupun kita ada ramai kawan yang berlainan jantina sekalipun,perasaan tu cuma akan ada untuk sesetengah orang.Pelik..Dan menakutkan.Aku cuba cari sebab kenapa timbul rasa tu.Tindakan kimia dalam otak?Ada 'law' ke yang mengawal rasa tu?"
Robert menala pandangannya kepada aku."So?"
"So....Aku nak cakap yang..perasaan 'incomplete' itu akan sentiasa ada.Tarikan itu sentiasa ada..Cinta itu tetap akan datang.Hatta kepada sesiapa pun"Terasa bulu roma aku meremang menyebut perkataan 'puaka' tu."Tapi masa akan pergi.Dan adakah kita akan biarkan waktu itu pergi sambil kita terus hanyut melayan perasaan?Sampai bila?Untuk berapa lama?"
"Tapi kalau dah perasaan itu normal,kenapa perlu dibuang?Kenapa perlu larikan diri dari perasaan sendiri?Itu denial namanya!"Robert mengengsot punggungnya di atas bangku dan memanjangkan leher untuk memandang tepat kepada aku .Aku menjeling ke arahnya  sekilas tetapi sempat melarikan pandangan ke arah lain kemudiannya demi mengelakkan satu lagi 'awkward moment'.
"Err..Seolah-olah..."Aku menjelingnya sekilas."Seolah-olah kau pergi banyak open house dalam satu hari,kau akan makan semua makanan tu ke?"
"Well,yess?"
Aku menoleh ke arahnya dengan mata mengecil."Ah come on..Spicy lamb ribs dan lemang di rumah Joyah,Ayam percik di rumah Latifah,cheese cake di rumah Kasim berserta rendang di rumah Sakinah?Like..seriously?"
Tangan Robert pantas memegang perutnya yang kempis dengan mulut mencebik."I'll choose then..The healthier food?And the most delicious.."Dia tersengih membayangkan sesuatu."Cheese cake..Nyum!"
"Kan?Kau akan pilih!Dan dalam dunia ni kau boleh pilih untuk isi waktu kau dan hati kau dengan apa..Yang fitrah itu perasaan dan keinginan.Tapi tindakan itu adalah pilihan.Tak salah untuk sukakan semua makanan,tapi kalau sebagai seorang yang rasional dan waras,kau tahu untuk memilih yang paling baik supaya tak timbul mudarat kepada diri kau sendiri kan?Kau masih belajar,ada masa untuk dihabiskan dengan buat aktiviti kemasyarakatan,..menulis..melukis..terokai potensi dan minat baru..I mean,..like..You're not going to get married today??"
"Hmmm"
Robert menunduk lalu menyambung."But you know..Kadang-kadang bila kita memilih untuk bersama seseorang..Ia bukan disebabkan perasaan itu semata-mata."
"Yes..Exactly,kau sunyi dan......"
"No,wait!"Robert memintas."Sometimes,its the feeling of seeing the person you love,..everyday..and everytime..So close..But so far..Not being able to reach out for her ..Somehow.."Nada suaranya luntur menjadi bisikan.Wajahnya hilang ditutupi bayang-bayang 'cap'' bercorakkan 'I love London'."The feeling of not being able have something..And you simply need a replacement.So you choose something else"Robert menunduk.Seolah-olah baru sahaja melepaskan sesuatu yang berat dalam dadanya."You..just need to forget."Robert menjeling ke arahku seketika.
Senyap.
Otak aku cuba untuk memproses kata-kata yang baru diluahkannya tadi.Hilang kata-kata.Terasa seakan-akan baru sahaja terpijak periuk api dan mati akal untuk bertindak.Pegun.Terdiam.Daun maple terus sahaja setia gugur satu persatu.Robert Along Den masih menunduk merenung riba.Angin dingin masih setia bertiup.Kadangkala terdengar bunyi salakan anjing sayup-sayup diiringi suara perbualan manusia yang semakin pudar.Langit semakin merah.Aku perlu pergi sebelum keadaan semakin teruk.Tetapi pergi sekarang seolah-olah menyerah dan terus bertarung hujah sangat berisiko.Kalah berhujah tak mengapa tapi jangan...
 "Kau tahu,masa aku kecil-kecik kalau aku menangis berebut mainan dengan adik aku,mak aku akan tarik aku untuk main mainan lain dengan aku..Dia akan cakap,mama main dengan Along je..Kita jangan kawan adik!Dan bagi aku,manusia memang cenggitu.Dia perlukan alternatif.Nak tinggalkan sesuatu,kita perlukan distraction ."Robert berhujah memecah sunyi.
"So..."Aku mencelah.
Robert mengangkat kepala.
"She's that distraction?"Aku meneka.
"Uhuh.."
"Thats mean!"
"Yeah.."Robert membalas separuh berbisik.

Aku melempar pandang ke bangunan Whitworth Art Gallery yang berdiri di sebelah kanan.Udara dingin musim luruh membuatkan aku menggigil .Nun jauh di belakang atap bangunan batu-bata berwarna merah itu,matahari jingga perlahan-lahan menenggelamkan diri di ufuk barat.Aku mengepal jari jemari,.'Bracing for the impact'.
"And I was..."Asap putih berkepul-kepul keluar dari rongga mulutku...Samada disebabkan oleh udara dingin ataupun apa yang bersarang dalam minda,sepasang bibir ini terasa kebas dan kelu.."And I was a distraction too?"Aku facepalm dahi dalam hati.Terlambat.Cepat-cepat aku menjeling ke arahnya untuk melihat reaksinya..

Reaksi Robert tenang tak beriak."No."Dia membalas.
"You're that toy I had to let go."

Senyap.
Aku menelan air liur.
                                         Whitworth Park,Manchester(Spring)

p/s:Robert Along Den adalah nama rekaan semata-mata.