Pukul 3.45 pagi.
Risau Flight Date ke Manchester.
Risau tak transfer duit lagi..
Risau miss class lagi.
Risau..
Risau..
Maka sleeping beauty yang tak berapa beautiful ini tak boleh
tidur.Angkara magis perasaan risau yang menyihir mata.Maka laptop frozen ini
menjadi pilihan peneman di kala malam sunyi sepi.Maka timbullah idea untuk
menulis blog lagi..
Hari ni santai ajalah.
Nak kenalkan diri.
Ta’aruf bak kata orang Arab.
Ok..
Nama diberi oleh diri sendiri yang suka menyamar adalah
Noura Nur.Bukan nama sebenar.Berumur 19 tahun 11 bulan (lebih kurang).Sedang
menanti tarikh penerbangan ke Manchester University untuk course Petroleum Engineering.(Aku terlambat!).Baru
sahaja menerima Diploma International
Baccalaureate dari Kolej MARA Banting.
Nak gambar tak?
Nah!
Aku cuma seorang anak kampung yang dahulunya suka meluangkan
masa naik basikal di sekitar kawasan sawah padi ramai-ramai dan bergosip.Tak
seperti kebanyakan anak-anak yang dah bersosial di internet sejak usia awal
remaja.Aku suka travel.Tak padan
dengan kecik kemain lagi dulu berangan nak
travel around Europe sorang-sorang.Budget!
Aku suka aiskrim perisa strawberry.Aku suka lagu Coldplay
dan Jason Mraz.Aku jahat tapi aku suka belajar agama untuk jadi baik.Sekarang
ini insyaAllah dalam proses menghafaz al-Quran juzuk 30.Aku sukakan kawan yang
baik tapi jujur.Aku sukakan sesuatu yang simple.Sebab
seringkas mana pun sesuatu perkara itu,pasti akan jadi rumit apabila diproses
oleh kilang otak aku.Ya!Aku seorang yang berfikiran rumit.
Aku suka melukis tapi lemah dalam mewarna.Plan jangka masa
panjang untuk mencari peluang menggunakan komik untuk kebaikan Islam.Plan
jangka masa pendek pulak,mulakan plan jangka masa panjang.Aku suka buat kerja
gila kadang-kadang.Jog lepas tu
lompat dalam lopak air.Jumpa stranger
pastu ajak makan Subway sama-sama
siap belanja lagi.
Ok.Tak gila pun.
.Aku tak suka cakap pasal kahwin.Bukan dalam beberapa tahun
akan datang.Dalam plan jangka masa pendek aku dah cross perkataan cinta dan couple.Highlight
perkataan kawan guna highlighter Faber Castel.Aku kawan dengan ramai
orang.Tapi rapat dengan beberapa orang sahaja.
Korang mesti fikir aku bercita-cita untuk jadi Engineer
kan??
Hmm..
Salah!Aku tak kisah jadi apa selagi aku dapat gaji besar dan
apply apa yang aku belajar.Aku dah ada plan untuk research.Semoga Allah
perkenankan impian tu.Aku nak bina rumah besar dan beli tanah untuk
pertanian.Rumah besar tu aku nak buat rumah anak yatim atau rumah
kebajikan.Masa tu aku nak pergi ke luar Negara,kerja dan menghilangkan diri
dari semua kenalan.
Ok.Ringkasnya,aku seorang yang kuat berangan. HAHA
Akhir sekali,aku adalah seorang hamba Allah yang berada
dalam kawalannya setiap saat dan tiada apa pada diri aku yang bukan miliknya..I
Itulah aku yang sebenar-benarnya.