Banyak kali menulis..Banyak kali delete.Dari Ipad yang
dipinjamkan oleh si abang sehingga ke laptop ‘frozen’ ni.Ya!Aku mengalami
saat-saat sukar untuk kembali ke dunia blog.Apatah lagi kembali ke blog zaman
primitif aku yang nyata tak menarik dan sangat tak matang isi
kandungannya.(Banyak post lama sudah dipadamkan)
Tapi disebabkan beberapa hal,aku pilih untuk kembali menguak
pintu blog ini.Aku rindukan kenaifan seawal mencipta akaun blog.Ini adalah blog
pertama aku!Diasaskan oleh kanak-kanak hingusan yang terperangkap antara jiwa
seni hati berbunga dan tingkah laku ala-ala mat rempit.Antara kata-kata padat
dan ‘direct’ ,dengan kata-kata kiasan ala-ala basa-basi Pak Kasim nak merisik
anak dara Mak Esah.
Its complicated.
Tapi pintu rumah usang ini harus dibuka kembali tampak
gayanya!Sawang-sawangnya yang dah bergayutan perlu dikuis dengan libasan
jari-jemari menekan punat-punat keyboard.Tawa dan tangis lebih berlagu di
skrin.Lebih merdu pada mata yang membaca.Ya ke?
Mungkin..
Sebab jari-jemari lebih lincah bermain dengan
kata-kata.Berbanding dengan lidah yang kadangkala bertindak tanpa fikir.Kata-kata pun tak ada
seni.Ya.Aku dah pun diserapi dengan stereotype pelajar Engineering. ‘Straight
to the point!’
Tapi kalau isinya punya kadar objektiviti yang tinggi seperti
hal-hal berkaitan Physics,Maths dan Chemistry yang menjadi santapan kebanyakan
pelajar Engineering,kaedah ‘straight to the point’ memang ideal.Tapi bukan
topic itu yang membuat aku kembali rindu kepada dunia blog..Tujuan aku balik
semula untuk melaraskan balik perasaan,emosi,keinginan dan sebagainya dalam
suatu peredaran orbit yang tetap.Seakan-akan planet-planet yang mengorbit
Matahari dalam model Heliocentric Universe.
‘Matahari’ yang menjadi titik pusat keinginan aku adalah
‘Lillahi Taa’ala’.
Itulah harapannya.
Sebab itu kena kembali menulis.Seperti saintis-saintis awal
yang mengkaji corak pergerakan planet dan bintang dengan pemerhatian,catatan
dan hitungan matematika,aku ingin memerhati hidup aku,mencatat dan menghitung
salah dan dosa..Supaya aku tahu dan sedar corak hidup aku.
Ha!Pak Karim dah jadi professor Astronomy nih!
Ringkasnya,aku rindu bermain dengan kata-kata..Blog ini
adalah blog seorang gadis Melayu yang suka berkias-kias,bukan lagi milik
pelajar Engineering yang ‘direct’.Ini adala
h blog tentang perasaan,balada
hidup,perkongsian pengalaman dan ilmu.Bukan nota lecture.Ini blog untuk catatan
hidup aku dari hari ke hari.Ini blog aku.
Suka hati lah nak tulis apa!
Emo pulak.
Cukuplah sebagai intro.Ni pun dah belit-belit.
*Gelak sorang-sorang*
No comments:
Post a Comment