"Lelaki di Malaysia ada berapa isteri?"
Aku tersengih. "Tuudiaaa ! Soalan Poligami mai dahh!"Aku tak dapat tahan sengih dengar soalan dia. Agaknya itulah antara hal-hal yang paling lekas dia fikirkan apabila isu agama Islam dan budaya Melayu dibangkitkan sepanjang perbualan kami di salah satu kafe yang terletak dalam Liverpool Limestreet Station tu.
Aku diam sekejab.Cuba menyusun kata-kata. Ilmu fiqh zaman sekolah agama dan dari buku-buku yang pernah dihadam dulu dah terbang entah ke mana.Mungkin tertinggal di Malaysia agaknya. Ah aku pun bukan tahu mana psl fiqh,lagi-lagi pasal munakahat. (sinis kat diri sendiri)
Aku pilih jawapan selamat;
"Agama saya memang membenarkan seorang lelaki berkahwin lebih dari seorang; Tapi di Malaysia, poligami bukanlah hal yang terlalu normal . Kebanyakannnya beristeri satu. Cuma HIKMAHNYA, hukum ni sangat relevan dalam sesetengah keadaan contohnya waktu perang apabila ramai wanita kehilangan suami dan tempat bergantung kerana perang atau bencana . Pada waktu ni poligami membantu untuk melindungi kebajikan wanita-wanita yang lemah dari segi keselamatan fizikal dan sara hidup . (Berdasarkan suatu buku perbandingan wanita dalam Islam,Judaism dan Kristian yang pernah aku baca dulu) Ada sesetengah masa pula , ada juga isteri yang secara rela membenarkan suaminya berkahwin lain kerana terlalu sibuk dan tak mampu melayan suami ataupun kerana gagal melahirkan anak . (pemerhatian sendiri)"Aku menyeringai sekejab.
"Cuma,kebanyakannya memang tak bagi." Sengih masih tersisa."Jarang!"
Dia ikut mengangguk tanda menyokong dengan kenyataan terakhir tu sambil tersengih-sengih. Beberapa soalan lagi ditimbulkan mengenai poligami sebelum beralih kepada isu perkahwinan yang diatur. Katanya semua yang berkahwin kerana diatur keluarga tanpa cinta hanya hidup sebagai suami isteri tanpa perasaan . Dia tak faham bagaimana orang boleh bernikah tanpa bercinta terlebih dulu. Perbualan dilanjutkan dengan isu mas kahwin . Khabarnya dalam tradisinya apabila seorang lelaki hendak merisik(ke pinang?) seorang perempuan, harus bawa hadiah bagi keluarga perempuan manakala sewaktu perkahwinan pula keluarga perempuan yang harus membayar kepada suami (ke keluarga suami?" (Mungkin aku tersilap dengar tentang hal ni . Kemudian dia ada juga menyebut tentang salah seorang kenalanku, anak kelahiran Arab Saudi dan sering berpakaian serba hitam . Aku menjelaskan sekadar yang kutahu. Jujurnya aku sendiri kurang jelas. Maka aku meringkaskan jawapan sependek mungkin untuk mengelakkan jawapan main hentam.
*******
Ada masa sangat bagus untuk keluar dari 'kelompok' kumpulan/bangsa sendiri untuk belajar melihat sesuatu dari sudut pandang yang berbeza .Dari sudut pandang mereka . Bertukar pendapat secara 'open'. Menjelaskan pandangan bukan 'impose' pandangan .Biar mereka nilai dengan kaca mata mereka dan kita nilai dengan kaca mata kita. Masa ni baru kau diuji dengan kefahaman kau.Samada kau sendiri faham dengan apa yang kau pegang atau main ikut sebab malas fikir atau mahu jaga status . Sama ajalah dalam usrah ke hapa, kelakarlah bila ada yang bersifat defensif dan beremosi bila anak-anak buah mula mepersoalkan beberapa hal yg tak dipersetujui. Tapi kalau memang tak tahu, dari merapu bukan-bukan baik cakap TAK TAHU lah. Sekalipun kita salah, sekurang-kurangnya ada yang boleh menegur fakta atau kefahaman kita. Aku sedar dari berbual dengan bangsa-bangsa lain ni betapa kurangnya kefahaman aku dan tertutupnya pemikiran aku dalam sesetengah hal. Jadi ada masa aku gunakan pendapat 'personal' tanpa mengaitkan dengan agama. "Contohnya,saya tak ada masalah dengan perkahwinan yg diatur. Malas nak cari bakal suami. Nak biar orang cari.Malas nak fikir .Tengok ramai aja yg bahagia dengan cara tu! HIHIII ..."

No comments:
Post a Comment