Thursday, 19 May 2016

Keretapi

Aku sekarang bersendiri di stesen.
Bunyi desiran daun pintu terkatup di belakang membulatkan tekad.
Sudah tiada jalan kembali ke gerabak yang sama.
Dan keretapi yang itu perlahan-lahan berlalu pergi, dan tak perlu aku lihat.
Aku terus menanti sedang waktu terus beranjak perlahan .
Stesen ini terus disinggahi oleh keretapi-keretapi lainnya.
Ada yang memanggil-manggil namaku.
Ada yang senyap.Entah boleh dimasuki atau tidak.
Ada yang sudah penuh.
Tapi aku terus menunggu.
Menunggu keretapi yang satu itu.
Ada yang mentertawakan aku.
Katanya keretapi yang aku nantikan tempatnya bukan di bumi tapi nuh di kayangan.
Katanya yang engkau nantikan itu belum tentu datang,
Malam dan siang bersilih ganti,
dan aku masih menanti.
Mereka mentertawakan aku kerana melepaskan keretapi-keretapi yang lain pergi,
aku mentertawakan mereka kembali,
mereka barangkali lupa,
kita menaiki keretapi untuk sampai ke destinasi,
Kalau tiada sampai keretapi yang aku tunggu,
maka dua kaki inilah kenderaanku.

Thursday, 5 May 2016

Post random:Kalau boleh aku nak korang tahu yang.....

Aku selalu rasa...
Aku bukan macam kebanyakan gadis-gadis lain.
Aku kurang gemar bercakap tentang fashion.
Ironi, apabila pemakaian aku yang 10-20 minit siap tu dipuji.
"Amboii, cantiknya nak ke mana???"Orang mengusik.
Padahal sebab malas nak cari baju jadi ambil apa yang terdekat.
Aku kurang suka bergosip.
Siapa bercinta dengan siapa.
Siapa bergaduh dengan siapa..
Aku jarang minat untuk ambil tahu.
Aku tak suka drama sangat dan kalaupun aku kurang selesa berdamping dengan seseorang, aku lebih suka menikus dan menjauhkan diri.


Perempuan-perempuan lain boleh melilit tudung bermacam-macam bentuk. 
Aku pula jarang ambil minat dengan perkara-perkara macam tu yang aku rasakan sangat leceh dan remeh.(tolong jangan bash saya) 
Nak ikat tali kasut pun aku tak pandai dan malas.
Jadi aku lebih suka kaki aku bersarungkan flat shoes.
Kadang-kadang berbulan-bulan tak bertukar kasut.
Orang lain ada kasut formal, kasual, kasut jalan, kasut nak ke kedai..
Aku selalunya cuma bersalin satu dua kasut dalam beberapa bulan.
Itupun kalau nak bersukan dan sebagainya.

Aku jenis yang bersepah.
Aku pun tak tahu macammana orang boleh kekalkan susunan bilik diorang sebab aku memang tak pandai.
Pagi kemas, petang dah macam diserang ribut .
Kesian lah siapa yang kahwin dengan aku.

Ramai orang suka tengok drama korea atau running man.
Aku pula lebih suka membaca, melukis, menulis dan mengedit gambar.
Kepuasan aku adalah pada mencipta,
Perempuan-perempuan lain selalunya tak boleh berjalan tak berteman.
BFF wajib diangkut sekali ke mana-mana hatta nak ke tandas.
Seolah-olah ada unwritten code.
Aku pula kadang-kadang sendiri yang memilih masa untuk bersendiri.
Kadang-kadang pakai cecantik dan seayu yang mungkin hanya untuk menikmati sepotong kek dan secawan kopi sambil berfikir merenung manusia dari balik tingkap kaca kedai.
Atau kadang-kala sekadar berjalan tak tentu arah di taman.


Tenang.
Aku tak sukakan kekalutan dan kebisingan.

Tapi bila waktu aku berjumpa dengan orang maksudnya itulah masa aku dengan dia.
Phone dan gadget aku cuba tolak tepi.
Maka aku selalu rasa tersinggung dengan orang yang leka bermain telefon selepas mengajak aku keluar.
Apatah lagi kalau hanya untuk berbalas mesej dengan kawan-kawan lain.
Sakit ooo!Macam tak wujud.

Mungkin berbunyi agak 'budget' tapi aku tak selesa menjadi perhatian lelaki.
Aku suka kawan-kawan lelaki aku.
Tapi cukuplah aku dihormati sebagai kawan,
dan bukan menjadi bahan gurauan..
Bahan mainan..
Bahan show off.
Bahan 'diuji' kehebatannya mengorat.
Kadang-kadang aku sedih apabila nama aku dijaja dalam kalangan lelaki dan diselitkan dalam bahan gurauan antara mereka.
Tambah lagi apabila nama aku disebut-sebut dalam kalangan lelaki, akan ada pandangan 'pelik' dari kaum perempuan.
Aku selalu dengar;
'Rivalries' dalam kalangan perempuan dasyat ..
Mungkin aku juga yang tak menjaga adab pergaulan.
Aku fikir, cuba tak bersangka buruk.
Memang.Salah itu pada aku.
Maka aku lebih berhati-hati sekarang.
Aku lebih selesa dengan kawan-kawan perempuan sahaja.
Kalau nak betul-betul rapat dengan lelaki nanti aku grab seorang ajak kawen terus.
Senang.
Dan bilamana ada yang melamar,
aku lebih suka menolak terus kalau enggan.
Bukan angkuh,
tapi tak mahu zalim dengan perasaan orang jika dibiar berharap lama-lama.
Dan kalau ada yang mahu menunggu,
terserah samada sanggup menerima pantang-larang aku dalam pergaulan untuk bertahun-tahun.

Perempuan-perempuan lain mudah mengadu masalah,
aku pula susah untuk menzahirkan emosi.
Tak ramai yang mengenali aku secara dalam,
mungkin seorang dua,
mungkin seorang.
atau tak ada..
aku sendiri tak faham dengan kekayuan diri sendiri.
Mungkin..
sebab..
Aku selalu bersedih atas sebab yang lain dari orang-orang lain.
Jarang tertekan sebab banyak kerja..
Jarang tertekan gara-gara ditegur atau dikritik
Jarang terasa dengan kawan-kawan tak ajak jalan,
jarang bersedih kerana homesick..
atau masalah dengan crush sekalipun..
Aku selalu bersedih untuk ....... 
Hidup kita memang banyak masalah kan?
Takpe..Aku yakin masalah orang lain jauh lebih besar.

Perempuan kebanyakannya lebih sensitif,
pandai memujuk..
Pandai meminta..
Aku tak pandai,
nak bargain kat kedai pun tak reti,
apatah lagi nak main kelip-kelip mata dekat abang penjual minta harga murah..
Bab perasaan ni,ya rabbi! Aku ni paling noob sekali.
Kadang-kadang aku nak je jadi macam perempuan-perempuan lain,
mampu cakap..
"Wehh..aku suka sangat lepak dengan kau!" depan-depan muka orang yang aku sayang..
atau aku nak sangat mampu menangis sekali dengan kawan aku yang bersedih,
tapi muka aku ni punya kayu, kalah muka ironman!
Tapi tak bermakna aku tak rasa apa-apa.
Maybe sebab aku sendiri jenis yang pemendam,
terlalu kerap menahan rasa sampai air muka pun jadi kosong dan bosan
Kesian kawan-kawan aku.
Mesti dia rasa macam kawan dengan robot.

Akhir sekali,
Aku bersyukur dengan kawan-kawan yang terima baik dan buruk aku.Thank you guys kerana menerima aku yang entah apa2 ni.






Sunday, 1 May 2016

Kekacauan Jiwa Kecelaruan Akal

Rasa nak muntah..
Aku berlari anak menuju ke tandas yang terletak ke tingkat dua Alan Gilbert, iaitu bangunan tempat pelajar University of Manchester belajar.

Tunduk kepala.
Pandangan jatuh pada sinki rata berwarna putih.
Cuma angin yang keluar dari mulut.

Angkat kepala.
Tenung muka.
Muka aku sihat.Muka aku memang pandai menipu.Tenang di luar tapi sembunyi ribut taufan yang menyerang sakan kat dalam.
Biasa ah aku.
Waktu nak exam macam nilah. 'Distraction dah tak ada' jadi fikiran aku terdedah dengan fikiran-fikiran liar yang menyerbu masuk dan membuat onar . Buat sepah sana sini.Kepala aku sakit.Teramat!

Aku kembalikan pandangan pada skrin LCD laptop.Pandangan aku tembus.Huruf-huruf yang sarat dengan bahan-bahan ilmiah terlepas dari fokus .Ya tuhan..tolong aku..

Waktu nak exam ni, otak aku macam buat open house. Yang bagusnya idea datang mencurah-curah tapi yang tak bagusnya sekarang bukan masa berkarya!

Sakit sangat.

Mencari sela-sela ruang untuk diselitkan ilmu-ilmu baru secara paksa. Minda-minda aku terlalu penuh dengan sampah-sampah yang menerjah masuk tanpa bagi salam. 
"Hoi!Jangan masuuuuuukkk!!"Aku mahu menjerit.

Seriously aku mahu menjerit.
Aku serabut.
Aku tak suka keadaan macam ni.

Orang cakap orang seni memang begini. Fikiran dia liar dan bersepah-sepah. Sampai sekarang aku masih tak suka dipanggil 'orang seni' . Menjadi orang seni bermakna fikiran mudah kacau.Hati jadi sensitif .Fikiran jadi peka.

Depressed.

Aku tak mahu...............Cukuplah!!

Lima minit

5 minit.5 minit rezeki masa aku mohon kepada Allah untuk menulis.

Tulis Nora,tulis..

Aku mula rasa tekanan seluruh badan dan aku tahu tiba waktu tekanan ni disalurkan keluar.
Biar melompat jari-jemari di atas papan kekunci, bukan hati .

E-mail tadi agak merisaukan .
Emosi aku pula macam menara yang diperbuat dari kad-kad terup . Nak bagi stabil bukan senang. Nak bagi jatuh sekali sentuh je boleh berderai..

La hawla wala quwwata illa billah, tiada kekuatan selain daripada Allah .

Aku mohon tuhan bagi jalan. Sedangkan Nabi Yunus terperangkap dalam perut ikan diberi jalan keluar apatah lagi aku. Allah tak zalim. Allah menguji. Tak apa. Tak ada apa-apa yang buruk insyaAllah.

Thursday, 24 March 2016

Takut

Jika kau tanya aku "Apa kau tak takut?"
Tentu sahaja aku takut . Ketakutan yang tak pernah lelah menjengah fikiran lewat malam ketika dunia mengunci bibir. Menutup tirai pentas.
Aku berlari dari satu ketakutan ke satu ketakutan yang lain.
Ketakutan kepada masa lalu.
Ketakutan kepada masa hadapan.
Ketakutan kepada persepsi dan tanggapan manusia kepadaku.
Tentu sahaja aku takut tidak lagi disayangi .
Takut disisihkan.
Takut dicemuh dan dibenci.

Aku takut mendengar detikan jam lewat malam ketika sunyi . Aku takut menghitung waktu yang tersisa .Aku takut dan tak pernah aku cukup berani.
Aku hanyalah ruh yang berbalutkan lapisan daging yang mampu membusuk dan mereput, berpaut pada tulang yang mampu patah dan hancur.
Duri yang kecil mampu mengoyak kulitku dan kata-kata yang tajam berkali-kali menghiris hati.

Sungguh aku lemah dan tak pernah ku akui kuat!

Tapi hidup tak memberi ruang kepada si pengecut yang hanya mengikut bagai lembu dicucuk hidung. Bersembunyi di balik barisan kata-kata yang hanya lekat pada skrin LCD .Tak!

Inilah wajahku dan fikiranku dan akan kujulang tinggi biar kalian kenali. Aku tidak akan meminta izin untuk berfikir dan berpendirian. Inilah jalanku.

Pilihlah jalanmu.

Kita tak sama bukan?


Tuesday, 22 March 2016

Bedah Buku The Lost Islamic History (1) ;Tanah Arab Sebagai Titik Tolak Pembangunan Peradaban Islam

                    "The dry,mountainous landscape of the Hijaz is not an environment that gives much life. Situated in the western Part of the Arabian Peninsular, this land can be described with two words; dry and hot.
In the summer, the temperatures regularly rise to well over 100 degrees Fahrenheit, with little precipitation. Further east, endless sand dunes mark a landscape devoid of greenery or permanent settelements. Yet it was from this harsh landscape that,in the early 600s, a new movement emerged; one that would change the course of history in the Arabian Peninsular and beyond."

(Gambar diambil dari Google)

Alhamdulillah, pada tarikh 19 hb 3 2016 aku dan Miss H berjaya mengadakan bedah buku The Lost Islamic History, iaitu sebuah buku yang ditulis oleh Firas al Khateeb di rumah kami di Claremont Road (ya macam kami aja yang duduk di jalan ni.) 
                                                 


Post yang ini cuma akan membentangkan isi-isi penting yang diekstrak dari tajuk pertama buku ini iaitu ;

PRE ISLAMIC ARABIA


Apabila kita membincangkan soal faktor-faktor yang yang mendorong kepada kemuncak ketamadunan ilmu pada zaman Abbasiyyah,  di Baghdad contohnya maka kita tidak akan lari dari menyebut soal prasarana pendidikan, soal kestabilan politik, ekonomi dan keadaan sosial yang terkawal . Tetapi aku lebih suka untuk berpendapat bahawa semua faktor-faktor tersebut cuma dahan-dahan yang bercambah dari faktor yang paling utama;

Akidah !


Pepatah Melayu mengatakan,kalau benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau.

Bercakap soal awal perkembangan Islam di bumi Arab, maka kita tidak akan merasa asing dengan nama Makkah iaitu tempat di mana berdirinya Kaabah yang kini menjadi satu-satunya kiblat umat Islam keseluruhannya . Makkah terletak di pinggir barat Semenanjung Arab, iaitu suatu kawasan yang terbentang di belah timur Laut Merah .  Meskipun sewaktu kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Makkah sudahpun mempunyai reputasi sebagai titik focal masyarakat Arab untuk beribadah, Makkah walaubagaimanapun seakan-akan langsung tidak memiliki sebarang sifat yang mampu menjadikannya suatu tempat yang sangat berpengaruh dalam mementaskan suatu revolusi yang sangat hebat dalam sejarah!


Di bahagian Selatan semenanjung Arab terletak bumi Yaman dan Oman manakala di bahagian utara pula terletaknya Jordan, Iraq dan Mesir. Kawasan-kawasan di bahagian utara ini didominasi oleh dua kuasa besar pada waktu tersebut iaitu Kerajaan Rom dan Persia.(akan dibincangkan kemudian) . Meskipun dikelilingi oleh tanah jajahan dua kuasa besar ini, sifat kebanyakan kawasan di tanah Arab yang berpadang pasir, tandus dan kekurangan sumber keperluan penting iaitu air membuatkan Makkah 'sepi' dan selamat dari campur tangan kuasa-kuasa asing . Kerajaan Mesir Purba lebih memilih untuk menakluki kawasan yang lebih subur seperti Nubia dan Fertile Crescent manakala pedagang-pedagang Roman juga tidak gemar dengan keadaan padang pasir yang bagi mereka terlalu extreme untuk dididiami .

BUDAYA


Sekiranya Greece dan Mesir pada waktu dahulunya kaya dengan arca-arca sebagai salah satu bentuk seni yang popular dan mendapat perhatian, keadaan masyarakat Arab yang kesempitan sumber dan bahan alatan seni mahupun masa mempengaruhi jenis karya seni mereka . Karya seni yang terkenal dalam kalangan mereka adalah dalam bentuk syair,sajak dan puisi . Memandangkan kebanyakan dari golongan Arab ini adalah buta huruf, maka karya-karya ini disebarkan dari mulut ke mulut . Mereka mampu menghafal sehingga beribu-ribu jenis puisi . Kelebihan menghafal ini ternyata sangat berguna setelah datangnya Islam kepada mereka.


AGAMA

Sebelum kedatangan Islam di Makkah,kaum Arab secara umumnya didominasi oleh mereka yang berfahaman polytheistic (banyak tuhan) . (Pendapat KH ,barangkali hal ini terjadi berikutan inovasi tokok tambah dari tradisi ) . Walau bagaimanapun, masih ada segelintir di antara mereka yang sebenarnya masih berpegang kepada monotheisme (satu tuhan iaitu Allah) dari agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim.
 Golongan penyembah berhala ini dikatakan terlalu taksub dengan berhala-berhala mereka sehinggakan dikatakan bahawa terdapat 360 jenis berhala di sekeliling kaabah pada waktu tersebut. 
Pada mereka juga, Allah adalah salah satu dari tuhan-tuhan mereka.
Pengaruh dari Sumeria dikatakan turut menjadi faktor penyumbang kepada wujudnya kepercayaan seperti ini.
Dalam masyarakat Arab ini terdapat juga kumpulan minoriti yang menganut agama Yahudi dan Nasraniwalaubagaimanapun mereka mengelak assimilasi dengan kaum Arab yang rata-ratanya berfahaman Polytheistic.


Soalan KH:Adakah penyembahan berhala wujud pada zaman Nabi Ibrahim??


NEGARA JIRAN ARAB



Negara-negara yang berjiran dengan Makkah secara umumnya dikuasai oleh 3 kuasa besar yang berpengaruh pada waktu tersebut iaitu kerajaan Aksum yang berkuasa di Selatan, kerajaan Rom dan Persia di bahagian utara. Melihat dari sudut ekonomi, hal ini membawa keuntungan kepada masyarakat Arab lantaran hubungan perniagaan yang merentasi tanah arab selatan ke utara. Walaubagaimanapun sebagai maa yang disebutkan di atas, pedagang Rom enggan memasuki kawasan gersang dalam tanah Arab lalu menyerahkan urusan perniagaan di tempat yang lebih jauh dan terpencil kepada golongan nomad Arab.

Konflik berpanjangan yang tercetus antara Rom dan Persia dimanfaatkan oleh sebahagian kabilah Arab . Kabilah Ghassanid berpihak kepada Rom, manakala Lakhmid pula sekutu Persia . Kedua-duanya menjadi proxies bagi kuasa-kuasa besar tersebut bagi memenangi perbalahan .Kabilah-kabilah ini membangunkan 'client states' bagi kerajaan yang disokong mereka . Ghassanid menubuhkan  kerajaan yang sekarang ni dikenali sebagai Palestine, Jordan dan Syria, manakala 
Lakhmid menguasai selatan Mesopotamia .

 Bagi mempersiapkan kedua-dua kaum Arab ini di medan tempur, Rom dan Persia harus membelanjakan harta untuk mereka. Hal ini menguntungkan kedua-dua belah pihak yang mengambil kesempatan ke atas satu sama lain. Perbalahan yang berterusan antara Rom dan Persia memberi impak buruk kepad dua-dua belah pihak apabila mereka kedua-duanya saling keletihan . Ghassanid dan Lakhmid pula semakin jemu kerana merasa dipergunakan . Masyarakat Arab yang lain memilih untuk tidak masuk campur dan hanya menumpukan perhatian kepada kegiatan ekonomi mereka.


Chapter 2:

soalan yang patut difikirkan adalah;
1)kat mana Rasulullah pergi berdagang di mana dia seorang pendeta yahudi yang mengenali tanda2 kerasulan dalam dia..
2)Samada Khadijah mengenali peribadi Rasulullah sebelum dia dihantar berdatang bersama Maisarah atau sekembalinya dia dari berdagang..
3)Futher research tentang peristiwa Datuk Rasulullah menemui telaga zamzam kembali

Saturday, 12 March 2016

"Lelaki di Malaysia ada Berapa Isteri??"- Catatan di Liverpool-



"Lelaki di Malaysia ada berapa isteri?" Aku tersengih. "Tuudiaaa ! Soalan Poligami mai dahh!"Aku tak dapat tahan sengih dengar soalan dia. Agaknya itulah antara hal-hal yang paling lekas dia fikirkan apabila isu agama Islam dan budaya Melayu dibangkitkan sepanjang perbualan kami di salah satu kafe yang terletak dalam Liverpool Limestreet Station tu. Aku diam sekejab.Cuba menyusun kata-kata. Ilmu fiqh zaman sekolah agama dan dari buku-buku yang pernah dihadam dulu dah terbang entah ke mana.Mungkin tertinggal di Malaysia agaknya. Ah aku pun bukan tahu mana psl fiqh,lagi-lagi pasal munakahat. (sinis kat diri sendiri) Aku pilih jawapan selamat; "Agama saya memang membenarkan seorang lelaki berkahwin lebih dari seorang; Tapi di Malaysia, poligami bukanlah hal yang terlalu normal . Kebanyakannnya beristeri satu. Cuma HIKMAHNYA, hukum ni sangat relevan dalam sesetengah keadaan contohnya waktu perang apabila ramai wanita kehilangan suami dan tempat bergantung kerana perang atau bencana . Pada waktu ni poligami membantu untuk melindungi kebajikan wanita-wanita yang lemah dari segi keselamatan fizikal dan sara hidup . (Berdasarkan suatu buku perbandingan wanita dalam Islam,Judaism dan Kristian yang pernah aku baca dulu) Ada sesetengah masa pula , ada juga isteri yang secara rela membenarkan suaminya berkahwin lain kerana terlalu sibuk dan tak mampu melayan suami ataupun kerana gagal melahirkan anak . (pemerhatian sendiri)"Aku menyeringai sekejab. "Cuma,kebanyakannya memang tak bagi." Sengih masih tersisa."Jarang!" Dia ikut mengangguk tanda menyokong dengan kenyataan terakhir tu sambil tersengih-sengih. Beberapa soalan lagi ditimbulkan mengenai poligami sebelum beralih kepada isu perkahwinan yang diatur. Katanya semua yang berkahwin kerana diatur keluarga tanpa cinta hanya hidup sebagai suami isteri tanpa perasaan . Dia tak faham bagaimana orang boleh bernikah tanpa bercinta terlebih dulu. Perbualan dilanjutkan dengan isu mas kahwin . Khabarnya dalam tradisinya apabila seorang lelaki hendak merisik(ke pinang?) seorang perempuan, harus bawa hadiah bagi keluarga perempuan manakala sewaktu perkahwinan pula keluarga perempuan yang harus membayar kepada suami (ke keluarga suami?" (Mungkin aku tersilap dengar tentang hal ni . Kemudian dia ada juga menyebut tentang salah seorang kenalanku, anak kelahiran Arab Saudi dan sering berpakaian serba hitam . Aku menjelaskan sekadar yang kutahu. Jujurnya aku sendiri kurang jelas. Maka aku meringkaskan jawapan sependek mungkin untuk mengelakkan jawapan main hentam.
******* 
Ada masa sangat bagus untuk keluar dari 'kelompok' kumpulan/bangsa sendiri untuk belajar melihat sesuatu dari sudut pandang yang berbeza .Dari sudut pandang mereka . Bertukar pendapat secara 'open'. Menjelaskan pandangan bukan 'impose' pandangan .Biar mereka nilai dengan kaca mata mereka dan kita nilai dengan kaca mata kita. Masa ni baru kau diuji dengan kefahaman kau.Samada kau sendiri faham dengan apa yang kau pegang atau main ikut sebab malas fikir atau mahu jaga status . Sama ajalah dalam usrah ke hapa, kelakarlah bila ada yang bersifat defensif dan beremosi bila anak-anak buah mula mepersoalkan beberapa hal yg tak dipersetujui. Tapi kalau memang tak tahu, dari merapu bukan-bukan baik cakap TAK TAHU lah. Sekalipun kita salah, sekurang-kurangnya ada yang boleh menegur fakta atau kefahaman kita. Aku sedar dari berbual dengan bangsa-bangsa lain ni betapa kurangnya kefahaman aku dan tertutupnya pemikiran aku dalam sesetengah hal. Jadi ada masa aku gunakan pendapat 'personal' tanpa mengaitkan dengan agama. "Contohnya,saya tak ada masalah dengan perkahwinan yg diatur. Malas nak cari bakal suami. Nak biar orang cari.Malas nak fikir .Tengok ramai aja yg bahagia dengan cara tu! HIHIII ..."

Redha jelah pekerja stadium ambik gambar senget.huhu

Saturday, 6 February 2016

Menyelami Sirah Dari Kacamata Manusiawi Vs Kacamata Pelajar

Bila diimbau kembali waktu muda remaja, bercakap tentang subjek Sirah akan menimbulkan reaksi-reaksi 'lemau' dari kalangan rakan sekelas. Bercakap dari pengalaman belajar di sebuah sekolah Agama di Johor, subjek Sirah boleh dikatakan menempati tempat kedua dalam ranking subjek kelas agama yang paling membosankan! Sejak dari dulu, aku memang seteru kuat dengan subjek Sejarah dan Sirah. Tempat pertama tidak lain tidak bukan, dijuarai oleh subjek bahasa Arab selama 7 tahun berturut-turut. (Tak pernah lulus)
Tahun demi tahun pergi, entah bagaimana aku mula menemui jalan berdamai dengan 'Sirah'. Kalau dahulu, belajar Sirah kerana nak lulus exam kali ni belajar Sirah atas dasar minat dan tanggungjawab sebagai Muslim. Tadi sewaktu mengacau ayam di kuali, otak aku mula diserang beberapa persoalan;

Kenapa Sirah boleh jadi suatu subjek yang sangat membosankan dulu??

Aku mula berandaian, boleh jadi kerana kedangkalan dan kecetekan akal untuk betul-betul menyelami kepentingan belajar tentang sejarah pada usia sebegitu muda. Boleh jadi juga kerana 'iman' belum terbina. Selain itu,boleh juga disebabkan faktor pendidikan itu sendiri.. Apa silapnya?Dari waktu ayam masih lagi garing kekuningan dan hangat diangkat dari kuali sehingga waktu seluruh isinya diselaputi sambal merah,otak aku cuba mencari jawapannya.

Tadinya sewaktu menunggu ayam garing dalam kuali, aku mengisi masa membaca buku The  Islamic History dari Firas Al Khateeb . Sebulan yang lepas, aku mencadangkan kepada ahli-ahli rumah untuk adakan diskusi bedah buku sekurang-kurangnya sebulan sekali dan buku ini menjadi pilihan pertama kami. Sungguh-sungguh aku cuba yakinkan Kak H untuk mulakan dengan dua topik pertama (sahaja) bagi bulan pertama. (walaupun aku dah baca sampai topik 6). Justifikasi aku adalah aku nak betul-betul mendalami isi kandungannya. Biar sikit asal betul-betul 'feel' !Eceh,cakap kencang!!

















"Sebulan dah,bila nak bincang Jemah oiiii!!!"

Masuk balik topik,aku sedang ulang baca topik kedua iaitu peristiwa ketika kaum Bani Hasyim diboikot oleh penentang-penentang Islam dari kalangan pembesar-pembesar Quraish.Kali ni, aku menukar strategi membaca. Kalau dahulu, aku akan baca terus ikut kronologi kali ni aku cuba hadam dan kategorikan mengikut sub-topik yang relevan. Contohnya;

A)Faktor-faktor Perkembangan Islam di Makkah:
1)Faktor Geografi
2)Faktor sosial/ekonomi
3)etc

B)Reaksi kaum Quraisy
1)Buat donno tapi risau
2)Menghina,mencaci etc
3)Menyeksa,memboikot
4)Mengancam bunuh Rasulullah
5)etc

C)Latar Masyarakat
1)strata sosial- gah dan hina kerana keturunan
2)jenis ikut nenek moyang punya 'kepala'

Daripada pembacaan malam tadi, aku dapat meneka sebab-sebab kenapa Sirah menjadi suatu subjek yang agak membosankan dahulunya. Hal ini adalah disebabkan kegagalan kita untuk betul-betul meletakkan diri dalam perspektif yang sepatutnya. Kita cuba melihat dari pandangan seorang manusia zaman moden sedangkan objek yang sedang kita pelajari adalah dari zaman ,tempat  dan budaya yang sangat asing! Maka sebelum terus terjun ke dalam cerita,pertama-tama kita kena diperkenalkan dengan latar bagi cerita ni . Bagi aku membaca sirah seharusnya adalah seperti membaca novel, sementara kita membaca imaginasi kena ambil peranan untuk membayangkan keadaan yang terjadi dan try to make sense out of it . 

Acana tu?? (baca:macammana tu?)

Contohnya;

"Kenapa orang Quraish marah sangat dengan kemunculan Agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah?"

Bagi memahami hal ini, mari kita letakkan dalam satu analogi yang mudah;

Di Manchester ni ada suatu badan yang dianggotai oleh orang Melayu iaitu Malaysian Community of Old Trafford(MCOT)  . Presiden badan ni adalah seorang yang bernama Kacang.Sekarang mari aku perkenalkan tentang Manchester,

Manchester ini adalah suatu tempat yang didominasi oleh kaum Melayu semata-mata. Selain dari MCOT, terdapat juga organisasi lain-lain iaitu MSSM dan Mnasir . Tidak lupa juga M&M (ok aku tahu lawak aku hambar.Fine!) Tapi MCOT adalah badan pelajar yang paling gah kerana reputasinya yang baik buat beberapa tahun yang lalu..

Dasar utama semua badan-badan ini adalah bagi membantu pelajar tapi malangnya kerana senior-senior yang korup, mereka menjadi terpesong dari tujuan asal mereka. Begitu juga Kacang yang menduduki kedudukan sebagai Presiden . Hal ini adalah kerana Kacang hanya menuruti apa yang senior-senior mereka lakukan . Kerana bekas presiden suka buli junior,Kacang juga membuli junior. Baginya itu adalah tradisi yang harus dikekalkan bagi menunjukkan siapa yang paling berkuasa apatah lagi KAcang sangat gilakan kuasa. Lambat laun kepercayaan bahawa membuli junior itu adalah aktiviti yang sihat dan bernas menggalakkan ramai pelajar Malaysia di sekitar UK untuk datang ke Manchester bagi membuli junior. Hal ini merancakkan kegiatan ekonomi  di Manchester (sebab orang datang mesti nak makan Jazeera dan Taiba kan?? Eleh,macam tak tahu!) dan menyalurkan dana yang banyak kepada Manchester.

Suatu hari muncul seorang ahli MSSM iaitu Syamsul yang mengkritik tradisi ini. Syamsul ini sudahlah bukan orang penting dalam MSSM, bukan juga ahli MCOT tapi berani membantah tradisi yang sudah berakar umbi di Manchester . Kemain lagi beliau! Pada mulanya,Kacang pandang sebelah mata tapi lambat laun pengaruh Syamsul ini semakin kuat. Seorang demi seorang menyedari cela dalam sistem sosial yang diperjuangkan Kacang dan konco-konconya. Pada waktu ini ada beberapa kebimbangan muncul dalam fikiran Kacang dan presiden badan-badan lain.. 

 Pertamanya, 1)bagaimana sekiranya pengaruh Syamsul bakal menyebabkan tertubuhnya satu badan baru yang akan menyaingi MCOT?2)Bagaimana sekiranya Syamsul akan dipilih untuk menggantikan Kacang dari jawatannya?3)Tambahan lagi,tentangan Syamsul terhadap budaya membuli junior akan menyebabkan kerencatan ekonomi Manchester apabila satu-satunya tarikan utama Manchester sebelum ini dilupuskan?


Jadi korang rasa apa Kacang akan buat???

Ya. Hanya dengan mengenali keperibadian Kacang sebagai seorang yang begini dan begitu..dan hanya dengan memahami keadaan masyarakat yang begini dan begitu kita mampu membuat andaian akan tindakannya dan memahami sebab-musabab tindakannya. Begitu juga halnya dengan Sirah. Bagi aku Sirah memerlukan 'sensitiviti' dan 'ketelitian', maka cara pembelajaran Sirah yang terus melambakkan nota-nota pendek kepada pelajar bagi dihafal membabi-buta tanpa membawa pelajar-pelajar betul-betul 'mengembara' ke permainan emosi,dan perasaan akan membuatkan subjek Sirah sangat bosan. Sirah menjadi penceritaan yang pasif dan tak mesra 'pelajar' . Tapi macammana nak convey emosi ni? Sebagai pembaca novel,tak lain tak bukan kena kenal latar masyarakat dan tempat. (Dalam analogi di atas,latar masyakat tu aku dah highlight)


Contoh berdasarkan Sirah Rasulullah;

Seorang pelajar yang menjawab peperiksaan berkenaan Karakter Rasulullah mungkin menjawab;
"Rasulullah seorang yang tabah.Hal ini kerana,dia terus mempertahankan Islam tanpa sokongan dari isterinya,Khadijah dan Abu Talib yang telah meninggal.

Alasan ini terlalu ringkas dan 'surface'. Susah untuk feel dan hayati ketabahan Rasulullah tanpa menyelami keadaannya secara terperinci. Jom elaborate point di atas.

Rasulullah lahir sebagai anak yatim. Dia kehilangan ibunya sejak kecil.Sejak kecil dia dipelihara oleh datuknya,kemudian ayah saudaranya Abu Talib. Sewaktu dalam usaha menyebarkan Islam, Rasulullah sangat dibenci oleh pembesar-pembesar Quraisy.  Abu Talib,meskipun kekal dalam pegangan yang diwarisi oleh nenek moyangnya tetap melindungi RasulullahKhadijah juga sentiasa di samping baginda sewaktu susah dan senang. Oleh kerana itu,apabila sesetengah umat Islam diseksa (kerana kedudukan yang rendah dalam masyarakat, dan tak dapat perlindungan dari mana-mana kabilah Arab), Rasulullah tidak diseksa sedemikian rupa kerana  perlindungan dari kaumnya yang diketuai oleh Abu Talib . Tambahan lagi, budaya sosial masyarakat Arab,apabila seseorang dari sesuatu kaum/keturunan dibunuh maka ahli keturunanya boleh menuntut bela . Hal ini boleh menimbulkan perang saudara. (m/s 14)
Sementara kehilangan ahli keluarga sendiri adalah sesuatu yang sangat menyedihkan, pemergian Abu Talib, sebagai ketua kaum secara tidak langsung menandakan bahawa perlindungan terhadap komuniti Islam tidak lagi sekuat dahulu sewaktu Abu Talib masih hidup . Maka dari sini kita dapat faham sedikit sebanyak sebab musabab yang membawa kepada 'percubaan' Rasulullah  untuk membawa Islam dan mengembangkannya di luar Makkah. Taif,dan kemudiaannya Madinah.

Kalaulah kita cuba letakkan diri kita dalam posisi Rasulullah ,dalam keadaan dicaci-maki, diancam bunuh dan kehilangan orang yang dikasihi. MasyaAllah,hebat sangat cabaran tu. Sebagai manusia biasa,normallah ketika mana kita difitnah,dibenci dan dilayan dengan buruk kita akan mengadu dengan orang yang tersayang. Tapi bagaimana rasanya bila orang yang kita sayang itu sendiri meninggalkan kita dalam keadaan kita sangat-sangat memerlukan? Sedihkan? Hopeless sangat rasa .
Oleh hal itu, ketabahan Rasulullah dan pegangan imannya sangat-sangat terbukti waktu itu .Kebergantungannya kepada Allah sangat terserlah.Sob3..  Tiba-tiba sedih.

Maka bolehlah aku simpulkan di sini bahawa, Sirah itu hanya menarik apabila kita berjaya melihat dengan kaca-mata yang sebetulnya. Bukan sekadar kaca mata pelajar yang nak dapat A+ dalam Sejarah semata-mata , tapi seorang manusia yang mencari erti dan iktibar dalam rangkaian kisah yang berlaku ribuan tahun yang lalu. Lihatlah dengan hati. Walau beratus ribu tahun memisahkan kita dengan baginda,kalau namanya manusia..  Jika dilihat dengan mata seorang manusia, pasti akan rasa.

Saturday, 28 November 2015

Jika Diriku DiCintai Tuhan..

~Bicara Cinta sang Faqir - Inilah Jalanku~: Jika Dirimu DiCintai Tuhan..:   Jika diri mu benar diCintai Allah Nescaya hati mu akan dihancurkan Remut bagaikan kaca yang terhempas Sakit bagaikan dihiris sembilu ...



Lalu di kala lewat malam,sewaktu  perlahan-lahan meletakkan kepala di atas lengan ,dan pandangan dibiar lepas menembusi tingkap kaca bilik,..

Aku tertanya-tanya.."Apa benar tuhan cinta?



Siapa yang mahu menjawab soalan itu?



Ketika langit memandangku lesu tanpa suara,dan suara dekahan tawa manusia di luar bertukar menjadi suatu kebisingan yang memekakkan..

Bunyi 'dengusan'(?) boiler juga tak menjawab soalan-soalan yang berkecamuk menuntut jawapan..



Aku sendirian,,



Alangkah beruntung Nabi Musa,berpeluang berbicara secara langsung dengan tuhan.Aku mahu sekali bertanya kepada tuhan,di mana aku di sisiNya?Kelmarin aku telah mengabaikannya,kerana kelemahan imanku.Semalam aku berburuk sangka kepadanya.Dan hari ini tetap juga aku masih berdosa?



Di mana letaknya aku di sampingMu Allah??



Lewat malam ini,aku kirimkan pertanyaan itu untuk memanjat ke ArasyiNya yang mulia.Aku luahkan rintihanku yang terhimpit di balik hijab noda-noda dosa..Ingin sekali aku mendengar Dia berkata bahawa benar Dia cinta.



Kerana hari demi hari aku semakin terhimpit.Sakit.Terasa bagai tiada jalan keluar dari kepayahan.Terasa bagai tidak punya kekuatan untuk terus istqamah di atas jalanNya..Jarak antara aku dan tuhan terasa semakin memanjang.Takut kiranya,tali yang menghubungkan aku denganNya akan akan putus direntap oleh jarak yang terbina..



Aku mahu sekali diyakinkanNya bahawa jalan ku dahulu adalah benar.Aku mahu sekali Dia berkata bahawa dia menerima segala jenis usahaku yang pernah dicurahkan .Aku mahu sekali mendengar bahawa Dia memaafkan kesilapanku dan menerima aku apa adanya.





Aku mahu Dia berkata "Tak Mengapa.Aku menguji kerana aku cinta.Kerana engkau telah melakukan hal yang betul"



Tapi malam masih sepi tanpa memberi jawapan.Air mata mengalir.



Ingat tak?Kisah si kafir yang mendustakan Rasulullah yang dirakamkan dalam surah Al Hijr?Mereka meminta pelbagai bukti kerana enggan menerima kerasulan Rasulullah;

"Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu), jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"(Ayat 8)

"Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)".(ayat14-15)





Mereka meminta pelbagai bukti sedangkan walaupun dibentangkan bukti yang jelas di hadapan mata mereka,mereka tetap juga akan mengingkarinya.Adakah aku angkuh seperti mereka kerana mengharapkan 'bukti'?



Ingat tak?Ketika Musa meminta kepada tuhannya agar dinampakkan dzat Allah kepadanya??



Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)(Al A'raf 143)


 Sedang Allah menolak permintaan Nabi Musa untuk melihatnya,bagaimana pula aku manusia yang langsung tak punya sebarang keistimewaan ni?





Ingat tak firman Allah dalam Surah al-Ankabut??

"Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: “Kami beriman kepada Allah”; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: “Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu”. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?"(Ayat 10)


Dan al-Baqarah??


"Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: “Kami beriman kepada Allah”; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: “Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu”. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?"(Ayat 10)

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."(Al baqarah 214)

Fikiran melayang terbang dari benua Eropah,merentasi sempadan negara dan masa lalu singgah di bumi para Anbiya..Pada kisah Nabi Nuh yang berdakwah beratus-ratus tahun lamanya.Tidak ramai yang mengikutnya.Nabi Syuaib yang diuji dengan penyakit aneh..Air mata bertakung.Hati orang-orang yang hampir kepada Allah pasti sahaja akan remuk.Pasti dihempas,dihenyak ,dikoyak dan dilukai..Begitulah cara Allah menunjukkan cintaNya.Biar hati itu tiada terpaut kepada dunia.Biar hati dicuci bersih dan disental habis-habisan.

Mereka dan aku adalah seperti 'jauh panggang dari api'..Mana nak disamakan aku yang hina ni dengan Rasul-rasul yang dimuliakan Allah??Tapi ....Aku ingin percaya bahawa bahawa benar tuhan cinta.Meskipun deria aku tidak pernah sekali pun menangkap 'suaranya'.Kerana hanya 'keyakinan' itu yang memberi aku 'kehidupan'  selama ini.Kerana aku percaya tuhan selalu cinta,maka selama ini aku tak pernah serik mencuba walau jatuh beribu-ribu kali.Walau diherdik,dikutuk dan dipinggirkan..Di dalam 'keasingan ' itu adalah ruang untuk aku bermesra denganNya,

Ya Allah,Engkau benar cinta bukan???

Aku tahu.

Engkau benar-benar cinta.

Langit menghitam.Keriuhan di luar rumah menysut.Aku menutup mata.Ingin tidur dibuai bunyi hayunan jarum jam ,dan keindahan janji tuhan...Semoga suatu hari nanti apabila jam berhenti berdetik,dan dunia menyepi dari deria..Aku bertemu tuhan dan Dia akan mengatakan..

"Benar Aku Cinta."



Wednesday, 4 November 2015

Dekat tetapi Jauh 4

Aku selalu tertanya-tanya.
"Kenapa tuhan hantar aku ke sini?"
Bumi United Kingdom terlalu gah untuk aku,seorang gadis kampung yang dahulunya hanya bercita-cita untuk memasuki Universiti Malaya untuk menyambung tradisi adik-beradik perempuan dalam keluarga.Bagi aku,percaturan tuhan itu itu selalu sahaja punya rahsia yang tersembunyi.Adakah aku akan diuji dengan kemewahan elaun bulanan?Adakah kerana di sini aku akan lebih giat mempelajari agama?Adakah agar aku didedahkan dengan sesuatu yang akan lebih mematangkan fikiran di sini?

Maka aku jadi takut.

Peristiwa petang tadi membuatkan aku kembali tertanya-tanya.Sejak dia meninggalkan Kolej Mara Bintang,aku menyangkakan semuanya berakhir di situ.Barangkali aku sudah terlepas dari sumpahan lirik mata bundarnya,liang-liuk helaian rambutnya dimainkan angin dan riak wajahnya yang tidak beremosi.Barangkali apabila jasadnya diterbangkan pesawat MAS itu,segala kenangan dan kisah antara kami akan turut dibawa pergi.Ternyata aku silap.Ternyata ujian tuhan tidak terhenti di situ.Beberapa bulan mengenalinya ternyata meninggalkan terlalu banyak perkara untuk diingati.

Aku masih ingat waktu itu.
**
Dewan selera Kolej Mara Bintang Riuh riuh-rendah.Bilangan pelajar di situ semakin surut tatkala dulang-dulang berisi supper disusun dan disimpan oleh pekerja-pekerja di situ.Manakala di suatu sudut di dewan yang sama pula,sekitar tiga puluh orang pelajar sedang berselera menikmati nasi tomato yang dihidangkan dalam bekas polistrin berwarna putih.Zaki selaku bekas pengerusi Kelab Kaunseling dalam ucapannnya sempat mengusik,Ilham iaitu pelajar yang bakal mengambil alih tugasnya untuk sesi akademik tahun berikutnya.Ilham tersengih-sengih.

Hari itu majlis perpisahan dengan ahli kelab Kaunseling diadakan.Bermula dari hari ini,secara rasminya mereka semua yang memegang jawatan penting dalam kelab dapat menyerahkan tugas mereka kepada pelapis-pelapis dari kalangan pelajar tahun pertama.Belon-belon berwarna-warni melambung-lambung di udara,jatuh kemudian ditampar semula oleh sesiapa sahaja yang duduk di bawahnya.Sudu dan garpu bergemerincing.Suara hilai tawa berselang-seli dengan bunyi petikan guitar yang dimainkan oleh Rizqi,pelajar jurusan perubatan dalam persembahannya.

Kebisingan itu ternyata tidak berjaya memadamkan lamunannya.Robert,seperti biasa hanyut dalam lohong imaginasinya.Nasi tomato dikuis-kuis sementara pandangannya ditala ke langit hittam.Aku faham dengan tingkah lakunya itu.Lelaki itu gemar bercerita pada langit.Baginya,langit itu adalah kertas lukisannya.Setiap kali fikirannya terganggu,matanya akan meluahkan pada langit.

"Oh,sorry!"

Zaki spontan mengangkat tangannya dari meja sebaik sahaja aku tampil di hadapannya dengan kain buruk.Lagakku seakan-akan pekerja restaurant.Memungut bekas polistrin lalu mengelap meja.Lelaki yang duduk disebelahnya masih lagi tidak sedar dengan kehadiranku.Zaki menyiku Robert lalu menjuihkan mulutnya ke arahku.Robert seperti biasa,tidak menampakkan apa-apa reaksi  melalui wajahnya,namun ikut menarik lengannya dari permukaan meja.Tidak timbul perbualan antara kami.Malah sebenarnya sudah agak lama juga kami tidak bercakap sesama sendiri.Semua itu berlaku sejak peristiwa itu..

"Senyap aja Noura hari ni?Sakit perut eh?"Zaki berseloroh.

Spontan aku melepaskan tawa.

"Lepas ni pergi sambung mana?"Zaki menyambung pertanyaannya.Robert kembali merenung langit.Tapi ada sesuatu pada wajahnya yang membuatkan dia kelihatan memasang telinga.

"Australia.InsyaAllah."Aku membalas sambil menjungkit bahu.

Zaki mengangguk-angguk dengan senyum lebar."Nanti kita jumpa sana eh?Kau..Korang mesti rindu aku nanti?"Dia mengangkat kedua-dua belah kening..
"Ah cukuplah pemerintahan diktator kau kat sini.Malas lah.."Aku bergurau
"Zaki berpura-pura mencebik.
"Robert pergi United Kingdom.Marah dia cepat!"Zaki menjeling ke arah lelaki di sebelahnya."Semua orang pergi Aussie,kau seorang pergi UK.Best sangatlah UK tu hah??"Omelannya diikuti dengan tamparan ke bahu Robert.

Robert tidak menoleh.Aku tahu akan hal itu.Tapi entah kenapa,kenyataan Zaki tadi masih terasa pahit untuk didengar.Tahun hadapan,aku tak akan jumpa lelaki Chipsmore itu lagi.Aku tak akan berselisih dengannya di jogging track.Raihan akan berhenti menggosipkan kami.Dia akan cemerlang dalam pelajarannya,sedangkan aku..Memori aku berputar kembali kepada keputusan peperiksaan akhir semester yang lepas."Hendak ke Australia Noura?"Terasa ada suatu suara mengherdik sinis dari dalam fikiran.

"UK ke Aussie ke..Malaysia ke..Kan masih atas bumi?'Langit' tetap sama."Robert tiba-tiba bersuara.
Aku tersentak.Zaki yang jelas-jelas tidak faham akan maksudnya,membalas.
"Betul,nanti boleh pergi trip UK ramai-ramai!"
Aku sekadar mengukir senyum.Meja yang baru dilap kelihatan punya jalur-jalur lembab dan bersinar di bawah sinaran lampu pendarfluor.Kerjaku di situ sudah selesai.Aku menapak menghampiri meja yang lain.

"Kau langit aku.Kau nampak pada aku apa yang orang lain tak nampak.."

Kata-kata lelaki itu suatu masa dahulu kembali di ingatan.Seketika itu aku merasakan kedua-dua pipiku menjadi hangat.Ada suatu perasaan yang berat menghurung dada.Kain buruk di tangan kanan,ku letakkan di atas meja yang berhampiran dan tanpa menoleh aku terus berlari ke blok asrama.Menghayun langkah sambil diringi dengan lagu 'The Scientist' dendangan Rizqi yang sayup-sayup hilang.

Nobody said it was easy
It's such a shame for us to part
Nobody said it was easy
No one ever said it would be this hard

Oh, take me back to the start


"Langit akan tetap sama.Tapi manusia yang sebelum ini melihatnya mungkin akan kembali menunduk.Mungkin dia akan mencari sesuatu yang lebih indah untuk dilihat.Mungkin dia akan penat mendongak."

Aku terus berlari.Seperti yang aku lakukan sebelumnya.Berlari kerana takut akan masa hadapan.Berlari kerana takut menyimpan harap.Berlari kerana takut akan perasaan yang mengundang murka tuhan.Lari dan lari..



                                Stone Circle.UK.

Letter for my future daughter

Dear XXXXX Binti XXXXXXX,

Hi honey,how are you?
While I am writing this,I am in United Kindom.It's autumn now.The leaves are falling in everywhere.The world look so..'brown'..While I am writing this,you are not yet born into this world.You might be somewhere in other world.I am not yet married,not yet become pregnant and still just a teenager.Just a normal teenager.Single.Unmarried.

I kept on wondering how you might look like?I haven't found anyone to marry yet.So still couldn't imagined your face,your skin and your personality.FYI,mom found it difficult to accept anyone for now.Plus,I am not yet ready to get married for Im having quite a lot of issue in my life now.I want to study hard and be the best person and marry the best person.So your father must be very special.I want the best for our future.I don't want you to end up growing up like me,seeing my parents fighting since early age.I want you to grow up being pious and cheerful.

You might be wondering why I am writing this now?Well,I thought one day as I get older,I might not understand anymore how it feels like to be in this age.We might fight everyday.I might be nagging all the time.I might not be able to understand you anymore.So I hope,this letter will provide you some comfort.Me,myself find my life getting tougher with every passing year..

You know what,sometimes I wonder if you'll get my personality. Im sorry if you do.My personality is quite tough to handle..I am stubborn and determined person.I am an introvert and not really an outgoing person.I daydream a lot and quite a poetic person.I like to keep things bottled up and push people away.I am so afraid of getting hurt and ended up hurting more..People found it really difficult to understand me..I am not famous.You too,might not..But we are happy being with the people who love us.

You might found yourself blaming people for failing to understand you even though most of the time you are the one who avoid giving explanation.You are too afraid of people seeing that broken side of yours.You are afraid of not being loved anymore.So you leave them..You might think that people hurts you so its better to be alone.Well,you know what?There are some people you need to discard from your life but there are people you should never push away.Because these people actually love you.They actually do.

Honey as time passes by ,life changes..People come and go.Yasmin Mogahed,a psychologist during this time said 'the world is perfect except that it is not.'Never put your love towards the world more than your love towards Allah.Because we,human are fragile.Our heart doesn't have the capabilities to withhold the love towards this world unless we strengthen it with sincere love towards our god.He is the source of all strength and happiness.He can provide you with anything you could never imagined of..Despite of writing this now,I found it difficult to really love HIM the way he deserves.But I want you to be better than me.Give me something I can present to my lord so that I can make up all the things I am lacking.

I had seen how my life had turned upside down when I neglected him.I felt ashamed of reading and memorizing his words for my heart was full of sins.I felt the hypocrisy building up inside me.I spent so much time doing things which displeased him.I kept of sinning and sinning but He is the most merciful.He deserves our tears.'Talk to him'.He will listen.Dont be like me..I'd wasted huge proportion in my life being neglectful of his commands.

You might,at times wondering 'where is god?".Sometimes you feel like everything your life is collapsing and he seems to be not listening.But he listened.He always do.We will be tested until we finally return to him.Don't doubt him.Know that,me myself might disappoint you at certain points in life.But he never will.I know how it feels like when it seems like everything in this life disappoint you.Trust me,I know how it feels like to feel so alone.It will hurt.And I don't want you to feel the same way.Because indeed,we are never alone.As long as we don't leave Allah.

How's your study?I'd always thought ,that I will be the best person who you will look up to..I might not end up being famous or rich..We might suffer financial issues,or I might be too busy to look after you.I might get too carried away with my work but you should know something.I want to be rich so that one day you can choose to study the things you like most without having to think whether it will give you enough salary to sustain your lifestyle.Remember  that money is not everything.It's just a tool.It shouldn't be your purpose.Even if you're being paid well,give charities and help people.Don't live you life for the sake of your own good.All wealth belongs to Allah.

Always remember to do things you like most,as long as it doesn't cost you your faith to Allah.

At this age,Im sure you have someone you like.He must be handsome right?He must be an intellgent guy ,I assume?Or at least someone you can look up to.Perhaps he'd always listen to your problems.Perhaps he'd treated you nicely.Or perhaps,he is too pious that he didn't even looked at you in the eyes.I won't blame you for liking anyone.And don't be afraid to tell me about him.That's fine.Loving someone is never a wrong thing.But be careful in handling your heart.It's delicate.It's fragile.It contains your love towards your god.Don't break it.Don't let your faith to Allah spill out.Don't let him take Allah's position in your heart.Don't do things that compromise your relationship to Allah.I'd committed that mistake few times in life.I was too carried away with it that it almost made me compromising my stands.But I let him go for Allah's sake.And Allah rewarded me by showing me who he really was.Sometimes we're too blinded by our love to something.Don't get fooled by our desire.

In short,if you have to make choices,choose the one that pleases Allah most.You'll never regret that.

This life is a journey,just because you had fallen once,it doesn't mean that you cannot rise back.There might be something down there which you need to have in order to rise back.Nothing happen without a reason.And again,this journey is the journey towards the eternal life..Don't mind too much about what came or will come along the way.If you lose someone,let them go.If you get heartbroken,seek the cure from Allah.He is all knowing and all seeing.To him,we will return.

 
Whitworth Art Gallery,Manchester


Monday, 26 October 2015

Antara Kita

Kita berharap untuk memutar waktu bagi merubah keadaan.
Memadam jarak yang terbina dan memainkan cerita itu semula.
Lalu kita mengulangi babak yang sama.
Bertarung hujah dengan sinis yang sama,
Berteka teki tentang rahsia yang sama.
Dialog yang sama.

Walaupun dilatari masa dan tempat yang berbeza,
engkau tahu adegan ini masih serupa.
Kita sedar akan hal itu waktu kita sama-sama berjalan beriringan dalam diam yang panjang,
di bawah pohon-pohon yang menggugurkan daun-daun merah kekuningan,
Latar cuma pentas,
Sedang kita berdua masih watak yang sama,
mengadaptasi kisah yang diulang-ulang.

Engkau masih ego.
Aku masih pesimis.

Tapi kita takut dengan perubahan.
Kerana itu hari demi hari kita rela mengulangi adegan yang serupa.
Kita rela diam di titik klimaks,
resah mencongak-congak kebarangkalian di masa hadapan,
Ditinggalkan dalam suspen dan konflik perasaan yang terlalu panjang
Mencari kesudahan yang sempurna.
Aku bosan dan letih.



Tuesday, 13 October 2015

Dekat Tetapi Jauh(3)

Robert Along Den, seaneh namanya.Aku mengenalinya di Kolej Mara Bintang.Dia adalah Chipsmore bagi kawan-kawannya lantaran sikapnya yang agak misteri.Dia muncul dan hilang sewenang-wenangnya.Aku mengenalinya dalam satu perjumpaan kelab di dewan selera.Zaki,pelajar setahun lebih tua daripadaku sedang memperkenalkan dirinya sebagai pengerusi kelab sewaku lelaki beraut wajah bujur sirih dan berkulit rona kuning langsat itu melabuhkan diri di atas kerusi sebelahku.

Kedatangannya begitu 'senyap'.Seolah-olah dia adalah sehelai daun kering yang dibawa angin lalu perlahan-lahan disorong ke situ.Matanya tidak beralih dari susuk tubuh Zaki yang sedang berdiri di hadapan.Pandangan yang tidak beriak.Selang beberapa minit kemudian,kedengaran bunyi bisikan dari sekumpulan pelajar lelaki berbalas-balas dari arah  hadapan.Anip dan Ekal yang duduk di meja di hadapanku menoleh ke belakang,dikuti oleh Raiqal dan Faiz.Masing-masing dengan wajah terpinga-pinga.

"Hei!"
Aku sempat tertanya-tanya arah datangnya suara serak itu sebelum suara Anip membalas.
"Woi!"
Anip mengangkat tangannya.Beberapa lagi kepala turut menoleh.Aku menoleh ke kiri.Lelaki bersusuk tubuh tinggi itu melempar senyum kecil ke kumpulan pelajar lelaki tahun dua di hadapan,didahului dengan wajah Anip yang perlahan-lahan mengukir sengih.Zaki di hadapan yang sedang  rancak bercakap menghentikan kata-katanya sebaik matanya tertangkap wajah lelaki di sebelahku.Aku agak terpinga-pinga.Zaki menolak bahu Raiqal yang berdiri di hadapannya lalu mengatur langkah menghampiri kami.Tangan kanannya dihulur.
"Selamat kembali!"Zaki mengukir senyum menampakkan barisan giginya yang putih.
**

Beberapa hari kemudian,aku berjaya menerima butiran lengkap mengenai lelaki misteri itu meskipun tanpa diminta.Semuanya atas jasa Leha,gadis becok yang gemar memunculkan dirinya di muka pintu bilikku untuk menjalankan rutin hariannya.Merungut tentang lab report yang telah merampas sebahagian besar nikmat tidur setiap pelajar di sini.Tapi kali ini agak berbeza.
"Kau tahu,semalam aku jumpa Den!"Tanpa kata-kata pengenalan,Leha terus membuka cerita sambil melemparkan tubuhnya ke atas katil milikku.Di tangannya terdapat sebuah novel bahasa Inggeris.
"Siapa Den?"Soalku tanpa mengalih pandangan dari skrin komputer.
Leha menghembus nafas dalam,berpura-pura mengeluh."Robert Along Den??Senior kita tu?"
"Oh.."Balasku pendek,masih menumpukan perhatian terhadap karangan bahasa Inggeris yang sedang ditaip.
Senyap.
"Adoiii!"Aku membuat tindakan refleks membongkokkan kepala sebaik sahaja terasa satu objek lembut menghampiri dengan kadar yang sangat cepat.Bantal berbalutkan sarung berwarna putih jatuh di kaki meja dengan bunyi perlahan.Aku menoleh kepada Leha yang meniarap di atas katil.Leha memandangku dengan protes.Sebelah tangannya sedang meraba-raba di atas katil,barangkali mencari peluru seterusnya untuk dilempar kepadaku.
"Aku tengah buat esei!"Aku memprotes.
"Ya."Reaksi Leha tidak berubah.
Aku mengalah.Kerusi plastik yang sedang mengalas punggungku mengeluarkan bunyi nyaring sebaik sahaja aku mengubah kedudukannya menghadap Leha.Leha menjatuhkan kembali pandangannya ke halaman novel.Tanda berpuas hati.
"Siapa Robert Along Den?Kenapa kau jumpa dia?Apa dia buat?Wah,kau jumpa dia,hebatnya?"Suara aku senada.Sengaja.
"Nora,kau tak kenal diaaa???"Leha sengaja menekan suaranya.Taktik biasa yang digunakan seseorang untuk menunjukkan bahawa dia mengetahui sesuatu yang sangat penting dan orang lain tak tahu.
Aku menjungkit bahu.
"Robert..."Leha memusingkan tubuhnya menghadap shiling."Dia bekas presiden pelajar."
"Bekas?"
"Ahah!Bekas!Pelikkan?"Leha menerbalikkan tubuhnya semula lalu memandang aku dengan wajah teruja.Seolah-olah bersedia untuk berkongsi suatu info yang menarik.Mujur,aku memang tertarik.Aku mendekatkan wajah kepadanya.
"Dia pernah jadi presiden selama sebulan sebelum meletak jawatan.."Leha menggantung ayat.
"Kenapa?"
"Haa..Orang cakap dia tertekan."
"Tertekan?"
"Yup!"
Jari Leha membentuk pistol lalu melepaskan 'tembakan' imaginasinya ke arahku.
Aku ketawa kecil."Siapa aja yang tak tertekan belajar dekat sini?Aku yang bukan siapa-siapa ni pun dah separuh mati."
"Haa..kan?Pelikkan?"Leha menjeling ke muka pintu lalu menyambung dengan nada bisikan."Aku dengar dia genius!"
Aku mengangkat kedua-dua kening,kehairanan dengan kenyataan itu."Kenapa aku tak terkejut?"Balasku dengan nada ironi."Adakah kau sedar wahai Cik Saliha Amirudin bahawa kita sekarang berada di kolej yang dihadiri oleh para genius-genius?Cuma,satu-satunya yang tidak genius itu adalah aku yang belajar berjam-jam untuk memahamkan diri dengan konsep yang boleh difahami oleh orang lain dalam masa 20 minit?"

Leha kelihatan hilang kata-kata.Barangkali tidak menyangka kenyataan begitu akan keluar dari bibirku yang kebiasaannya gemar memendam rasa.Memang benar.Sebagai seorang pelajar kolej persedian untuk pengajian luar negara yang rata-ratanya mendapat keputusan straight A,setiap hari kami berperang dengan masa.Setiap hari pasti akan ada yang terkorban,sama ada pelajar atau masa.Anehnya,kami adalah para 'mujahid' yang ingin mengorbankan diri agar masa tetap hidup.Kami rela dibunuh masa jangan kami membunuhnya sia-sia.Lebih aneh dari itu,aku adalah manusia yang mencari kesibukan.Aku suka berlari ke hulur dan ke hilir dan merebut pelbagai peluang.Aku ingin menjadi mujahid yang dibunuh masa.Ingin tahu apa yang lebih aneh?Pertarungan aku mengorbankan aku dan masa sekaligus.Aku sedar jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain aku agak dungu.Maka selalunya aku dan masa sama-sama 'terkorban'.

Leha menarik tubuhnya dari permukaan katil lalu duduk bersila."Kau pernah tak dengar cerita-cerita tentang Leonardon Da Vinci,Albert Einstein,.dan genius-genius di dunia ni?Kebanyakan diorang akan dikaitkan dengan kontroversi tentang mental illness..Loner..Depression..?"Aku menjungkit bahu.Dia menyambung."Ha...Tadi bila aku cakap genius,aku tak bercakap tentang pandai..Aku sebut 'GEE NEE US!"
"Oh."Aku membalas pendek.Gagal meneka hala tuju perbualan ini.
Leha mengemaskan lipatan kakinya."Dia tu dapat biasiswa Agung tahu?Kau tahu tak sebenarnya dia tu setahun lebih muda dari kita?Dia lompat kelas,entah macammana..Tapi dia ambil SPM sewaktu umur kita ni dan berjaya dapat 15A+ tahuu??"Leha menunjukkan dua jari untuk menegaskan kenyataannya,seolah-olah membuat tanda peace.Kali ni minatku terpancing.
"Tapi masih bukan rekod Malaysia?"
Bahu Leha kendur.Matanya mengecil.Aku faham reaksi itu.Kedua-dua tangan ku angkat ke bahu tanpa menyerah.
"Poinnya adalah..Dia itu lain!Kau tahukan selalunya orang yang 'lain' ni akan ada masalah mental sikit.Ok,berbalik kepada cerita.Beberapa bulan yang lepas dengar cerita dia minta cuti dari kolej selama sebulan atas alasan tertekan.Dia tarik diri dari semuaaa kelab..I mean,all!"Leha mendepangkan tangan bagi menekankan kata-katanya."Kecualiiii.."
"Kecuali?"
"Kau rasa?"Leha mengangkat kedua-dua belah kening.
"Hmmm..?"
"Cuba teka!"Leha teruja.
"Kelab..Bimbingan dan ..Kaunseling?"
"Tepat sekaliiii!"Leha melepaskan suara high pitch miliknya.
Aku menekup telinga spontan gara-gara jeritan nyaring Leha.Raihan yang lalu di hadapan muka pintu dengan bakul mandian sempat menoleh ke arah kami.Barangkali kehairanan.Aku menggaru kepala.Masih mencari-cari motif sebenar di sebalik minat Leha kepada kisah lelaki ini.Tetapi dalam masa yang sama,aku turut terfikir-fikir dengan kenyataannya tadi.Meskipun aku rasakan reaksinya agak berlebihan ,tetapi status aku sebagai ahli kelab yang disebut tadi menimbulkan sedikit minat untuk mengetahui kisah selanjutnya.
"Apa motif cerita kau yang sebenarnya ni?"Aku gagal menyembunyikan rasa kurang sabar.
Leha menoleh ke sebelah.Merenung dinding putih di sisi katil.
"Entah..Sebenarnya aku cuma nak beritahu yang dia itu pelik dan misteri.Baru minggu lepas kolej kecoh dengan kehilangannya yang tiba-tiba.Tapi cikgu-cikgu tak nak ambil tindakan sebab dia 'aset' kolej.Tak adil kan dunia ni?"Leha mencebik."Tapi pagi ni aku nampak dia tengah makan roti di dewan selera dengan muka selamba dengan Zaki and the geng."
Aku tidak dapat menahan gelak."Ada ke reaksi muka spesifik untuk orang yang baru lepas lari dari kolej?"Leha juga turut ketawa sambil menjungkit bahu.
"Tapi muka dia memang macam tu.Macam tak ada perasaan."
Suasana bertukar senyap.Kedengaran di luar gelak tawa pelajar perempuan dari bilik tingkat bawah asrama,silih berganti dengan bunyi derap langkah menghampiri.Susuk tubuh Raihan muncul di muka pintu dengan bakul mandiannya.Wajahnya kelihatan basah.Dia menoleh sekilas tetapi terus berjalan menuju ke biliknya.Sebaik sahaja bunyi derap langkahnya hilang,aku bersuara kembali.
"Muka dia macammana?"
Leha mengangkat pandangannya dari halaman novel.Seketika matanya meliar seolah-olah cuba mengingat.
"Tinggi.Muka agak cerah..Kuning Langsat bak kata orang kita.Hidung agak mancung.."Leha masih berfikir-fikir."Rambut hitam pendek,kurus..agak kacak tapi tak jambu.."Senyum kecil terbit di wajahnya."So not my cup of tea!"Pandangannya kembali jatuh ke halaman novel di atas katil.

Beberapa minit kemudian,suatu raut wajah muncul dalam fikiraku.Itulah dia rupa-rupanya.

Sekadar hiasan.



Sunday, 11 October 2015

Dekat Tetapi Jauh (2)

Poundland di seberang jalan.Gambar di ambil dari kawasan pejalan kaki di hadapan Whitworth Park(Spring)


Aku meraba-raba di dalam poket dengan tangan yang menggeletar.Telefon bimbit berjenama Sony Z1 dikeluarkan."Lapan darjah Celcius."Aku menarik nafas dalam dan menghembus kuat,mengeluarkan asap putih nipis yang perlahan-lahan lenyap ditelan udara pagi.Telefon bimbit yang bersarungkan sarung gel yang dibeli di Amazon diletakkan kembali ke dalam kocek baju.Langit putih cerah.Udara dingin dan kering.Kadang-kala kelihatan beberapa ekor burung merpati merayau-rayau di kawasan pejalan kaki di hadapan Whitworth Park.Di tempat menunggu bas yang berdekatan,kelihatan beberapa orang 'mat salleh' sedang berdiri dan kadangkala menjeling-jeling ke hujung jalan menunggu bas masing-masing.Angin berhembus lembut.Barangkali 'mood'nya sedang baik.Musim-musim begini kadangkala angin agak ganas menyeret dan melambung segala jenis sampah-sarap yang bertebaran di mana-mana.Seringkali payung yang aku beli di 'Poundland' shop rosak angkara angin hujan yang menggila sehinggakan aku serik dan lebih gemar memilih untuk memakai jaket kalis air setiap kali hendak keluar rumah.

Aku cuba mengingat kembali senarai barangan yang perlu dibeli.Aku perlu beli celery di pasaraya Lidl yang terletak di seberang jalan.Kemudian mungkin aku akan meninjau-ninjau rak-rak di Poundland sekiranya ada menjual beg laundry yang murah.Ah paling mahal atau paling murah pasti tetap satu pound.Facepalm dahi sendiri.Waktu pagi begini di Manchester selalunya jalan agak lengang pada hari hujung munggu.Hipotesis aku mengatakan hal ini disebabkan rata-rata rakyat di sini bukanlah beragama Islam maka mereka tidak perlu menunaikan solat subuh apatah lagi malam sabtu adalah malam untuk mereka keluar berhibur di kelab-kelab,Pasti pagi-pagi begini mereka masih lagi pening gara-gara mabuk meneguk minuman-minuman beralkohol.


Aku melempar pandang ke seberang jalan sambil menunggu isyarat bagi pejalan kaki melintas jalan.Mencongak-congak strategi untuk membeli-belah dengan kaedah yang paling efisien dengan mengambil kira soal masa,tenaga dan keselamatan diri dari dikejar pengemis-pengemis yang kurang beradab yang sering beroperasi di sekitar sini.Aku fikir akan pergi ke Poundland shop dahulu lalu ke Lidl kemudiannya.Pengemis-pengemis yang digeruni itu tiada dalam pandangan buat masa ini maka tidak sukar untuk merancang perjalanan.
Kelajuan kenderaan yang menghampiri dari kedua-dua belah sisi semakin susut lalu berhenti di hadapan laluan melintas jalan yang bercat warna merah.Pada waktu yang sama,bunyi 'bip-bip' kedengaran,dan simbol pejalan kaki bertukar hijau mengisyaratkan waktu untuk melintas.Aku mengemaskan pegangan beg-beg plastik di tangan sambil mengembalikan pandangan ke hadapan.Berdiri di seberang jalan,adalah sekumpulan pelajar Melayu.Barangkali pelajar-pelajar 'senior',aku sempat meneka.Aku mengecilkan mata,cuba untuk menajamkan fokus penglihatan.

Langkahku mati
"No wayyy!"

Standing still at the side of the road,
when the light turns green,
And you were there,at the opposite side,
Just exchanging looks but time seems to stop falling,
The leaves falling before my eyes,
People passing by..


Berdiri dalam kumpulan pelajar-pelajar Melayu itu adalah seseorang yang amat aku kenal.
"Robert Along Den!"
Di seberang jalan sana,pemuda  bertopi itu juga kelihatannya mati langkah.Bibirnya yang tadi terkumat-kamit membicarakan sesuatu kepada teman-temannya tinggal melopong .Pandangannya terus tertala ke arahku.Dari kedua-dua belah arah,manusia-manusia lain terus sahaja berpusu-pusu melintas.Kadang-kala susuk tubuhnya hilang ditelan manusia-manusia lain .Tapi tetap pandangan ku tak beralih dari mencari-cari kelibatnya di sana.Robert Along Den,bayang pada air tenang!Dia yang selalu hilang dan muncul tanpa diduga.

Time is stopping,
But its just for us now,
The world remains its motion,
had always been so.
Days had passed while the clock was ticking,
Like a raindrop,
fallen into wild stream,
I got caught into the turbulence,
pulled into the current..


Bunyi 'bip-bip' berakhir.Kenderaan kembali meluncur laju dari kiri dan kanan.Dia masih di situ sedangkan kawan-kawannya sudah sampai ke sini.Dia masih merenung dari jauh.Masih ingatkah dia?Aku melihat dia perlahan-lahan mengukir senyum dan mengangkat tangan mengisyaratkan aku supaya kekal berdiri di situ. 
He's coming..

Like seeing the shadow in the stagnant water,
give the slightest touch,
will it drive you away?
Afraid of breaking the spell,
and truth discovered,
afraid of stepping further,
for the illusion might disappear.

So yeah,
Im still standing at this side of the road.
And you're still there...

Robert Along Den berlari anak dari seberang jalan sambil menanggalkan topinya.Rambutnya yang halus hitam meliuk-liuk bersama pergerakannya.Beg plastik yang bercetakkan logo 'Morrison' berayun-ayun di sisinya.Daun kering yang dilempar angin jatuh berserakan di kakinya sebaik sahaja dia berdiri satu meter di hadapanku."He's here.."Aku masih berdiri pegun bagaikan lumpuh satu badan.Dia melebarkan senyum.Kelihatan ada garis-garis kecil di tepi kedua-dua hujung matanya sewaktu dia senyum.Rambut hitam itu jatuh di dahi pada wajah yang bertonakan warna kuning langsat itu.

"Assalamualaikum.."Dia menyapa.

                                           From google images

****

Aku suka membayangkan diri sebagai 'perentas waktu'.Aku suka membayangkan diri aku hidup dalam gabungan dua dimensi waktu.Setiap kali aku mendongak ke langit,setiap kali aku berlari anak dan melompat di atas daun-daun kering ,setiap kali aku menari-nari di atas kawasan pejalan kaki di bawah pohon-pohon yang bunga-bunga merah jambu,minda aku akan hanyut ke waktu yang lalu.Aku akan menutup mata dan menyanyikan lagu 'Angin kencang' dendangan band Hujan sementara minda aku melompat ke waktu aku di kolej persediaan Kolej MARA Bintang itu.Aku membayangkan diri berjalan di bawah pohon bunga kemboja dan menikmati harumannya.Aku membayangkan diri mengutip bunga kemboja yang gugur di pagi hari dan melekat di celah-celah rumput hijau basah.Semerbak bau kemboja yang akan tersebar ke dalam poket baju setelah bunga itu layu didalamnya.

Lagu angin kencang adalah lagu aku dan nostalgia lalu.Jampi yang akan menyihirkan kerinduan kepada kenangan dan kenalan lama lalu membawa minda aku hanyut ke dalam alam memori.Sihir bagi Sang Perentas waktu memutar jarum jam 'anticlockwise' dan hilang dalam angan-angannya.Dan sekarang,aku hilang dalam kisah lalu.

"Okey sekarang untuk majlis berbuka puasa,kita nak AJK untuk makanan.Siapa boleh ek?"Zaki mengangkat wajahnya dari buku nota yang dipegangnya lalu memandang ke wajah setiap ahli kelab.Seperti biasa,setiap ahli akan menunduk setiap kali kata-kata begitu dilontarkannya."Typical Melayu,"fikirku sedang aku juga menunduk merenung lantai kelabu yang kosong.

"Noura boleh?"Raihan mencuit lututku.
Aku spontan mendongak."Ha?"
"Ok..Noura eh?"Zaki kembali menunduk dan menulis sesuatu dalam buku notanya..
"Eh tapi.."
"Siapa in-charge cari tempat eh?"Zaki segera memintas.Cubaan yang sengaja,aku arif dengan sikapnya.Dia sempat melirik pandang ke arahku dengan senyum 'evil' sebelum mengalihkannya ke arah wajah ahli-ahli yang lain.
Perbincangan itu berterusan.Sempat aku membuat beberapa cubaan nakal dengan mencalonkan nama beberapa teman rapat untuk beberapa tugas sebagai tindakan memulang paku buah keras.Aku mencalonkan Zaki untuk aktiviti persembahan sedangkan aku arif benar dengan sifatnya yang pemalu dan kekok.Zaki membalas dengan meletakkan Robert Along Den untuk bekerja di bawahku.Tindakan yang bijak dan kejam memandangkan semua sedia maklum dengan cabaran bekerja dengan lelaki itu.Robert Along Den adalah ahli 'Chipsmore' yang sekejab timbul dan sekejab ada.Tetapi dia lebih mirip dengan 'Chipsmore' tiruan yang dijual secara timbang di kedai runcit dan kebiasaannya tidak ada cip coklat meskipun dinamakan dengan nama biskut cip coklat.Ironi kan?Maka berkerja dengannya umpama kenyataan beralas yang menyimpan maksud tersirat "You're alone.".

Aku sempat menangkap sengih jahat Zaki.
"Gotcha!"

(Bukan calon isteri yang baik)
Kolej MARA Bintang



Nota Penulis:

Noura Nur

Aku suka dihujani daun-daun kering musim luruh,merasai dinginnya angin yang mengelus kulit,aku suka berlari dan melompat di atas lopak-lopak air,melihat percikan cecair jernih melambung ke udara lalu pecah menjadi cahaya-cahaya halus..Bertebaran ke serata arah.Dunia ini sungguh cantik.
Aku manusia 'dua dunia' yang sering hanyut ke lohong imaginasi yang dalam dan sering sesat di dalamnya.Dari masa ke masa,duniaku akan beralih dimensi  bagi mengutip sedikit rasa sementara jasadku menyusun kata-kata.Jika kau cari aku,jangan kau lihat dengan mata.Carilah pada kata-kata.

Dan jika kau tertanya-tanya,ini bukan kisahku.Ini sekadar susunan kata-kata dari idea spontan,melalui perasaan yang dalam.Himpunan rasa yang ku kutip dari dimensi waktu yang pelbagai.Manipulasi kata.Permainan persepsi.
Aku cuma merepek.