Sunday 28 September 2014

Kembali!

Banyak kali menulis..Banyak kali delete.Dari Ipad yang dipinjamkan oleh si abang sehingga ke laptop ‘frozen’ ni.Ya!Aku mengalami saat-saat sukar untuk kembali ke dunia blog.Apatah lagi kembali ke blog zaman primitif aku yang nyata tak menarik dan sangat tak matang isi kandungannya.(Banyak post lama sudah dipadamkan)

Tapi disebabkan beberapa hal,aku pilih untuk kembali menguak pintu blog ini.Aku rindukan kenaifan seawal mencipta akaun blog.Ini adalah blog pertama aku!Diasaskan oleh kanak-kanak hingusan yang terperangkap antara jiwa seni hati berbunga dan tingkah laku ala-ala mat rempit.Antara kata-kata padat dan ‘direct’ ,dengan kata-kata kiasan ala-ala basa-basi Pak Kasim nak merisik anak dara Mak Esah.

Its complicated.

Tapi pintu rumah usang ini harus dibuka kembali tampak gayanya!Sawang-sawangnya yang dah bergayutan perlu dikuis dengan libasan jari-jemari menekan punat-punat keyboard.Tawa dan tangis lebih berlagu di skrin.Lebih merdu pada mata yang membaca.Ya ke?

Mungkin..

Sebab jari-jemari lebih lincah bermain dengan kata-kata.Berbanding dengan lidah yang kadangkala  bertindak tanpa fikir.Kata-kata pun tak ada seni.Ya.Aku dah pun diserapi dengan stereotype pelajar Engineering. ‘Straight to the point!’

Tapi kalau isinya punya kadar objektiviti yang tinggi seperti hal-hal berkaitan Physics,Maths dan Chemistry yang menjadi santapan kebanyakan pelajar Engineering,kaedah ‘straight to the point’ memang ideal.Tapi bukan topic itu yang membuat aku kembali rindu kepada dunia blog..Tujuan aku balik semula untuk melaraskan balik perasaan,emosi,keinginan dan sebagainya dalam suatu peredaran orbit yang tetap.Seakan-akan planet-planet yang mengorbit Matahari dalam model Heliocentric Universe.

‘Matahari’ yang menjadi titik pusat keinginan aku adalah ‘Lillahi Taa’ala’.

Itulah harapannya.

Sebab itu kena kembali menulis.Seperti saintis-saintis awal yang mengkaji corak pergerakan planet dan bintang dengan pemerhatian,catatan dan hitungan matematika,aku ingin memerhati hidup aku,mencatat dan menghitung salah dan dosa..Supaya aku tahu dan sedar corak hidup aku.
Ha!Pak Karim dah jadi professor Astronomy nih!
Ringkasnya,aku rindu bermain dengan kata-kata..Blog ini adalah blog seorang gadis Melayu yang suka berkias-kias,bukan lagi milik pelajar Engineering yang ‘direct’.Ini adala
h blog tentang perasaan,balada hidup,perkongsian pengalaman dan ilmu.Bukan nota lecture.Ini blog untuk catatan hidup aku dari hari ke hari.Ini blog aku.



Suka hati lah nak tulis apa!
Emo pulak.
Cukuplah sebagai intro.Ni pun dah belit-belit.

*Gelak sorang-sorang*

No comments:

Post a Comment