Sunday 28 September 2014

Ta'aruf Ringkas

Pukul 3.45 pagi.
Risau Flight Date ke Manchester.
Risau tak transfer duit lagi..
Risau miss class lagi.
Risau..
Risau..
Maka sleeping beauty yang tak berapa beautiful ini tak boleh tidur.Angkara magis perasaan risau yang menyihir mata.Maka laptop frozen ini menjadi pilihan peneman di kala malam sunyi sepi.Maka timbullah idea untuk menulis blog lagi..
Hari ni santai ajalah.
Nak kenalkan diri.
Ta’aruf bak kata orang Arab.
Ok..
Nama diberi oleh diri sendiri yang suka menyamar adalah Noura Nur.Bukan nama sebenar.Berumur 19 tahun 11 bulan (lebih kurang).Sedang menanti tarikh penerbangan ke Manchester University untuk course Petroleum Engineering.(Aku terlambat!).Baru sahaja menerima Diploma International Baccalaureate dari Kolej MARA Banting.

Nak gambar tak?
Nah!

Thanks..Aku memang comel..Ehehe

Aku cuma seorang anak kampung yang dahulunya suka meluangkan masa naik basikal di sekitar kawasan sawah padi ramai-ramai dan bergosip.Tak seperti kebanyakan anak-anak yang dah bersosial di internet sejak usia awal remaja.Aku suka travel.Tak padan dengan kecik kemain lagi dulu berangan nak travel around Europe  sorang-sorang.Budget!
Aku suka aiskrim perisa strawberry.Aku suka lagu Coldplay dan Jason Mraz.Aku jahat tapi aku suka belajar agama untuk jadi baik.Sekarang ini insyaAllah dalam proses menghafaz al-Quran juzuk 30.Aku sukakan kawan yang baik tapi jujur.Aku sukakan sesuatu yang simple.Sebab seringkas mana pun sesuatu perkara itu,pasti akan jadi rumit apabila diproses oleh kilang otak aku.Ya!Aku seorang yang berfikiran rumit.
Aku suka melukis tapi lemah dalam mewarna.Plan jangka masa panjang untuk mencari peluang menggunakan komik untuk kebaikan Islam.Plan jangka masa pendek pulak,mulakan plan jangka masa panjang.Aku suka buat kerja gila kadang-kadang.Jog lepas tu lompat dalam lopak air.Jumpa stranger pastu ajak makan Subway sama-sama siap belanja lagi.
Ok.Tak gila pun.
.Aku tak suka cakap pasal kahwin.Bukan dalam beberapa tahun akan datang.Dalam plan jangka masa pendek aku dah cross perkataan cinta dan couple.Highlight perkataan kawan guna highlighter Faber Castel.Aku kawan dengan ramai orang.Tapi rapat dengan beberapa orang sahaja.
Korang mesti fikir aku bercita-cita untuk jadi Engineer kan??
Hmm..
Salah!Aku tak kisah jadi apa selagi aku dapat gaji besar dan apply apa yang aku belajar.Aku dah ada plan untuk research.Semoga Allah perkenankan impian tu.Aku nak bina rumah besar dan beli tanah untuk pertanian.Rumah besar tu aku nak buat rumah anak yatim atau rumah kebajikan.Masa tu aku nak pergi ke luar Negara,kerja dan menghilangkan diri dari semua kenalan.
Ok.Ringkasnya,aku seorang yang kuat  berangan. HAHA

Akhir sekali,aku adalah seorang hamba Allah yang berada dalam kawalannya setiap saat dan tiada apa pada diri aku yang bukan miliknya..I
Itulah aku yang sebenar-benarnya.




No comments:

Post a Comment