Tuesday 28 April 2015

Benci Tapi Rindu :P

Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat sekalian!


Dah berbulan-bulan lamanya blog ini ditinggalkan tergantung tak bertali.Cukuplah aku katakan yang aku sudahpun berada di Bumi Manchester,United Kindom dan dengan riang-rianya menghitung hari untuk pulang semula bagi menyambut raya di Malaysia!Hoooreyyy!

Kalau korang semak post aku beberapa bulan yang lalu ketika masih di Malaysia,dulu aku dengan bahasa belit-belit simpul menjelaskan bahawa tujuan utama aku kembali ke dunia blog adalah untuk mencatat segala perkara yang aku buat sepanjang aku hidup.(untuk 'digelakkan' dan 'dimuhasabahkan' pada masa hadapan.)
*Maaf,saya memang penjenayah bahasa

"Dusta belaka!"
Jujur.Aku nggak punya waktu!

"Alasan!"

Baik.
Aku malas.

"ok!"

Penulisan bukanlah bidang aku.Aku bencikan tatabahasa samada Inggeris mahupun Bahasa Melayu..Meski sering digembar-gemburkan bahawa cinta boleh dipupuk,tapi tidak!!!*peluk tiang Cinta tak boleh dipaksa!Hati aku bukan kepada bidang penulisan!*menangis

Maka kerana akur dengan desakan hati yang memberontak,Aku mengalah.Jiwa aku pada lukisan!Pada graphic!Pada illustrasi figura lelaki rambut pacak tajam-tajam dan perempuan tudung labuh.Maka aku bertekad bahawa aku akan kembali melukis dan menamatkan zaman kata-kata puitis dan berbunga-bunga.*mengecilkan mata sambil mengangkat wajah ke langit
"Maafkanku Humaira dan Furqan,kisah kamu berdua akan ditinggalkan tanpa sambungan."(watak cerpen yang malas untuk dihabiskan)
1.Ni komik pertama setelah berbulan-bulan berhenti dari melukis(secara serius)
2.Komik kedua disiapkan dengan agak 'kelam-kabut' kerana busy.Ini sebelum di'edit'



Tapi kadangkala,hati main tarik tali.Sekejab kata nak,sekejab kata tak nak.
Kadangkala aku merindui zaman berpuitis dulu.Mungkin ini yang dinamakan orang dengan istilah 'Benci Tapi Rindu'.
Maka kadangkala aku akan menjengah ke blog kedua aku.(Ini blog pertama yang dicipta pada zaman primitif dahulu!)Jujur,aku lebih sukakan blog kedua tapi lantaran kedangkalan otak yang gagal menghafal password dan ketamakan nafsu mencipta akaun blog banyak-banyak(Aku rasa aku ada empat blog!)Maka aku pilih blog ini untuk digunakan kembali.

Sebab tu orang tamak selalu rugi.


Tadi aku berkesempatan membaca kembali cerpen yang pernah ditulis pada masa dahulu di blog kedua.(Waktu sekolah menengah).Seperti biasa,seperti adegan yang diulang-ulang tayang,aku akan gelak sorang-sorang lantaran merasakan malu yang teramat!Untuk pengetahuan anda semua,tak silap aku,aku tak pernah 'public-kan' blog kepada orang lain selain kawan baik yang betul-betul rapat.Dan ini barangkali kali pertama blog ini akan diperkenalkan kepada orang lain.(ketika post ini ditulis,belum lagi public).Sejujurnya aku malu nak tunjukkan cerpen ini kepada orang tapi...cerpen ini boleh dikatakan salah satu cara aku meluahkan isi hati aku(peh!) pada masa dulu.Zaman ketika masih mencari-cari.Ragu-ragu.Dan mengharap.(Grammatical crime di situ!)

Geli ah!


No comments:

Post a Comment